Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Maut, Lapan Cedera Van Terbabas Turun Dari Genting Highlands – Bomba

Syed Faisal Sayed Muhammad
lapan cedera van terbabas
Kredit BERNAMA

Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1.15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

Sumber: BERNAMA