Siakap Keli
anjing cari anak tertimbus
Gambar: TikTok

Tular Video Anjing Dirakam Terdesak, Cari Anak Tertimbus Dalam Runtuhan 

Tular Video Anjing Dirakam Terdesak, Cari Anak Tertimbus Dalam Runtuhan 

Tular satu video di media sosial TikTok memaparkan seekor anjing kelihatan terdesak sedang berusaha menggali runtuhan akibat gempa bumi untuk selamatkan anak-anaknya.

Video yang dimuat naik oleh @petworld_5 di TikTok telah menjadi tular. Kegigihan ibu anjing tersebut untuk cari anak tertimbus dalam runtuhan telah membuatkan ramai tersentuh.

Video berdurasi seminit itu telah mendapat lebih 15 juta tontonan setakat ia dimuat naik pada 14 jam yang lalu.

Difahamkan melalui video berkenaan, anjing tersebut dilihat sedang menggali runtuhan tanah di satu kawasan yang tidak diketahui.

Anak-anak anjing tersebut dipercayai masih hidup di sebalik runtuhan berkenaan

Menurut tulisan di video itu, anak-anak anjing tersebut dipercayai masih hidup di sebalik runtuhan berkenaan.

Seorang lelaki yang berada di lokasi anjing tersebut, kemudiannya dilihat turut membantu ibu anjing itu untuk mendapatkan anak-anaknya.

Pencarian dan penyelamatan yang turut dibantu seorang lelaki tersebut akhirnya berjaya menemukan dua ekor anak anjing tersebut.

Selesai mendapatkan anak-anaknya, terserlah raut wajah kelegaan dan syukur di muka anjing tersebut.

Lelaki yang baik hati itu kemudiannya turut memberikan tempat teduhan yang dialas dengan kain kepada anjing tersebut.

Tak hanya itu, lelaki tersebut turut memberikan sedikit makanan kepada ibu anjing berkenaan.

BACA:Tular Anjing Di Turkiye Dirakam Menyalak Pelik, Seakan Beri Amaran Gempa Bumi Bakal Melanda

Ruangan komen video berkenaan juga telah dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang melihat video tersebut.

@petworld_5

May there be no disaster in the world. Are you moved by this dog’s love for the baby#Rescue #Earthquake in Turkey#dog #fyp #animal

♬ Canyons – Official Sound Studio

Antara komen yang mendapat perhatian ialah:

“Ia sungguh sedih untuk saya. Terima kasih kerana telah membantu,” tulis seorang netizen.

“Ibu itu walaupun tidak boleh bercakap, tindakannya menunjukkan kasih sayangnya. Lega anak-anaknya selamat,” tulis seorang lagi netizen.

“Saya akan mula menangis apabila melihat video sedih sebegini,” tulis seorang netizen yang memberi reaksi selepas melihat video tersebut.

Terdahulu Siakap Keli ada melaporkan tentang sebuah video yang menunjukkan seekor anjing jalanan menyalak pelik. Tindakannya seakan memberi amaran sebelum kejadian gempa bumi kuat melanda bandar Gaziantep, Turkiye pada pagi Ahad lalu.

Video yang dimuat naik oleh sebuah akaun bernama @straybeautiful di TikTok telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik itu, anjing jalanan tersebut dilihat telah menyalak dengan sayu sebanyak lapan kali.

Anjing tersebut dikatakan seakan memberi amaran bahawa gempa kuat berukuran 7.8 magnitud bakal melanda di negara Turkiye berkenaan pada Ahad, 5 Februari lalu.

Sumber: TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka