Siakap Keli
Pep MU Liverpool singkir City
Kredit: sportsmole.co

Pep Tuduh MU, Liverpool Antara Kelab Mahu Singkir City

Pep Tuduh MU, Liverpool Antara Kelab Mahu Singkir City

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menamakan sembilan kelab Liga Perdana Inggeris yang didakwa cuba menendang kelab itu keluar daripada saingan Liga Juara-juara Eropah, tiga tahun lepas.

Selain Manchester United dan Liverpool, tujuh lagi kelab yang disebut Pep adalah Arsenal, Chelsea, Spurs, Burnley, Wolves, Leicester dan Newcastle.

Dalam sidang media berhubung dakwaan terkini yang dikenakan EPL ke atas City, Pep bagaimanapun mengambil kesempatan itu untuk membongkar penglibatan 9 kelab yang mahu menyingkirkan mereka dari UCL beberpa tahun lepas.

Pep dedah MU, Liverpool antara kelab mahu singkir City

”Sementara kami menanti UEFA membuat keputusan, ada sembilan kelab EPL yang mahu kami disingkirkan dari UCL. Sembilan kelab ini mahukan tempat kami di UCL,

”Ia bukan tentang siapa kawan atau lawan, ia semata-mata kerana kepentingan masing-masing. Mereka mahu keputusan itu dibuat dan merampas tempat kami. Mereka berkata ‘Singkir City ke dari UCL. Kamu perlu turun ke Liga 1 atau 2 atau turun hingga ke Liga Persidangan’”, kata Pep.

City sebelum ini berjaya membatalkan hukuman yang dikenakan oleh UEFA pada 2020 selepas membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan. UEFA sebelum itu mengenakan penggantungan dua musim ke atas City selepas didapati bersalah melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

Hukuman itu dikenakan selepas pasukan penyiasatan bebas Badan Kawalan Kewangan UEFA menemui bukti manipulasi berkaitan penajaan yang diterima kelab tersebut.

Kami bersedia…

Juara enam kali EPL itu juga dikenakan denda RM 139 juta kerana didakwa tidak memberikan kerjasama kepada pasukan penyiasat. Namun, Mahkamah Timbang Tara telah membatalkan hukuman penggantungan dan mengurangkan denda kepada RM 46 juta sahaja.

Bagaimanapun, kelab itu kini berdepan dengan situasi lebih getir ketika ini. Ia selepas kelab itu didapati bersalah dalam lebih 100 dakwaan yang dikenakan oleh Pentadbir Liga Perdana Inggeris.

”Tiada masalah, kami sudah pernah berada di divisyen bawah. Kami akan kembali, hanya kalau-kalau. Tetapi mereka perlu bersabar, kami akan mempertahan diri kami sama seperti kami berdepan dengan UEFA,” kata Pep.

BACA: Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir

Sumber: Mirror

Shafikah