Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
palestin rayu keahlian pbb
Kredit: Kremlin/Dpa via Bernama

Palestin Akan Rayu Keahlian Penuh PBB – Presiden

Nurhanis

Palestin Akan Rayu Keahlian Penuh PBB – Presiden

KAHERAH (Bernama) – Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menerima pakai resolusi yang memastikan penyelesaian dua negara dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam pertubuhan itu, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.

“Dalam tempoh beberapa hari akan datang, PA akan memohon kepada PBB termasuk Majlis Keselamatan bagi menuntut resolusi mempertahankan penyelesaian dua negara dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam PBB,” kata Abbas ketika Persidangan Baitulmaqdis di Kaherah, ibu pejabat Liga Negara Arab.

Pemimpin Palestin itu menambah teks resolusi itu harus menekankan “penamatan tindakan unilateral dan aktiviti penempatan, melebihi segalanya”, lapor Sputnik.

“Palestin berhak, dan akan terus memohon kepada mahkamah dan organisasi antarabangsa untuk melindungi hak rakyatnya,” kata presiden itu.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Pada akhir Disember 2022, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi yang menyeru Mahkamah Keadilan Antarabangsa menilai akibat dari segi undang-undang mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Israel dan Palestin telah bermusuhan sejak penubuhan Israel pada 1948.

Rakyat Palestin meminta pengiktirafan diplomatik terhadap wilayah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, yang sebahagiannya diduduki oleh Israel, dan Semenanjung Gaza.

Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang bebas dan membina penempatan di kawasan yang diduduki walaupun mendapat bantahan daripada PBB.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’