Siakap Keli
ulang tahun perkahwinan tengku zafrul
Kredit: FB Tengku Zafrul

“Thank You Sebab…” Tengku Zafrul Kongsi Coretan Hati Ulang Tahun Perkahwinan Kepada Isteri

“Thank You Sebab…” Tengku Zafrul Kongsi Coretan Hati Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kepada Isteri

Dalam hidup ini, setiap manusia memerlukan pasangan hidup untuk menempuh hari-hari yang mendatang dan mencipta kenangan termanis di alam ini.

Walaupun perlu melalui pelbagai cara dan fasa supaya disatukan, namun pengakhirannya mesti akan bertukar menjadi indah.

Seperti yang disedia maklum, ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna buat pasangan, kerana itu adalah hari di mana mereka diijab kabulkan sekali gus mereka digelar sebagai pasangan suami dan isteri.

Buat sesetengah pasangan, tarikh yang dipilih semestinya membawa makna terhadap diri masing-masing dan ingin ‘hari’ tersebut diingati sepanjang hayat.

BACA: “Terima Kasih Kerana Menerima Saya Walaupun Pada Masa Itu Saya Lebih ‘Berisi’…”

Ulang tahun Tengku Zafrul dan isteri

Kebiasaannya, sebagai rakyat hanya dapat melihat sisi serius yang ditunjukkan oleh ahli politik kerana mengendali hal berkaitan dengan ekonomi, negara dan lain-lain.

Namun hari ini sedikit berbeza, di mana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memilih untuk menjadi ‘suami’ kepada isteri tercintanya.

Memandangkan 13 Februari hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan, Tengku Zafrul mengambil peluang menuliskan coretan hati mengenai isterinya kepada umum.

Menggunakan Facebook miliknya, Tengku Zafrul menonjolkan sisinya yang lain dengan meluahkan isi hati yang terbuku.

Ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui isi hati Tengku Zafrul.

To My Dearest Dina

Happy Anniversary to us. Thank you sebab sentiasa ada di sisi & for supporting me in everything I do.

Thank you for taking care of the kids when I’m not around. Daripada dunia korporat sampailah sekarang. Dina yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk anak-anak di rumah.

The kids and I love you very much dan semoga rumah tangga yang kita bina ini kekal hingga ke Jannah, InsyaAllah.

Sincerely,

Your Soulmate.

Sumber: Tengku Zafrul via Facebook

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.