Siakap Keli
bomba tangkap labah-labah
Gambar: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak

Bomba Terima Panggilan Kecemasan Tangkap Labah-Labah

Bomba Terima Panggilan Kecemasan Tangkap Labah-Labah

Bergelar seorang anggota bomba bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Mereka perlu sentiasa bersiap sedia setiap masa sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Hal ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menabur bakti kepada masyarakat walau apa jua keadaan.

Bukan sahaja bertindak sebagai pasukan pemadam api, malah kerja-kerja lain juga ‘disapu’ ketika mendapat panggilan. Antaranya melakukan operasi menyelamat mangsa bencana banjir, tanah runtuh dan termasuk menangkap haiwan berbisa.

Bomba tangkap labah-labah

Begitulah keadaan yang perlu dihadapi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak harini. Difahamkan pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung ancaman labah-labah di sebuah rumah.

Jelas BBP Bandar Tun Razak, mereka bukanlah pakar dalam semua bidang namun cuba memberikan yang terbaik kepada komuniti.

bomba tangkap labah-labah
Gambar: Bbp Bandar Tun Razak

“Sebelum kehadiran pakar-pakar berkaitan, kami akan sampai dulu untuk tenteramkan keadaan bersama-sama pengadu.

“Jangan kata kami sapu semua kerja. Kita kena ingat, sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima, loceng berbunyi, mahu tidak mahu tugas kami akan bermula,” maklum balai bomba berkenaan.

Gambar: Bbp Bandar Tun Razak

BACA: Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

Tambahan lagi, aspek keselamatan pengadu atau masyarakat menjadi keutamaan. Manakala, mampu atau tidak menjadi perkara kedua.

“Ketika ada yang menolak sesuatu tugas, kami tetap terima biarpun skop tugasnya tiada. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga,” kata kenyataan itu lagi.

bomba tangkap labah-labah
Gambar: Bbp Bandar Tun Razak

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, kelihatan seekor labah-labah kecil sedang ‘bertenggek’ di dinding rumah tersebut.

Walaupun ia mungkin dilihat tidaklah terlalu mencabar namun mereka tetap menjalankan tugas dengan ikhlas dan membantu menangkap labah-labah tersebut.

bomba tangkap labah-labah
Gambar: Bbp Bandar Tun Razak

Terdahulu, tular gambar dan video yang memaparkan usaha anggota bomba untuk memujuk seekor anjing.

Video menyelamat haiwan itu telah dikongsikan dalam satu hantaran oleh JBPM di akaun Facebook rasmi.

BACA: “Bukan Senang Nak Pujuk,” Telatah Anjing Terperangkap Diselamatkan Abang Bomba Raih Perhatian

Susulan kejadian tular itu telah meraih perhatian ramai netizen.

Dalam video itu mendedahkan telatah comel seekor anjing seakan-akan merajuk sebelum berjaya dibawa ke tempat selamat.

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.