Siakap Keli
Anjing Terperangkap Diselamatkan Abang Bomba
Kredit JBPM

“Bukan Senang Nak Pujuk,” Telatah Anjing Terperangkap Diselamatkan Abang Bomba Raih Perhatian

“Bukan Senang Nak Pujuk,” Telatah Anjing Terperangkap Diselamatkan Abang Bomba Raih Perhatian

Tular sebuah video memaparkan gelagat seekor anjing yang terperangkap di sebuah bangunan dipujuk oleh abang bomba berjaya meraih perhatian netizen.

Video perkongsian itu telah dimuat naik oleh akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Video itu memaparkan telatah comel seekor anjing yang seakan merajuk terpaksa dipujuk anggota bomba untuk di bawa ke tempat selamat.

“Bukan senang nak pujuk ni. Abang bomba juga la kena bagi ayat manis,” tulis kapsyen muat naik video berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 37 saat itu lagi, kelihatan seorang anggota bomba sedang menghulur sesuatu kepada anjing berkenaan bagi menarik perhatian dan menenangkannya.

Bukan sahaja seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi memujuk anjing berkenaan malah empat anggota yang lain dilihat berada di satu ruang yang lain sambil memegang tali keselamatan kepada anggota bomba yang sedang memujuk anjing berkenaan.

Kredit JBPM

Selain menunjukkan aksi anjing yang comel, perkongsian video yang menggunakan audio seperti sebuah kartun turut berjaya menarik minat penonton untuk menonton video berkenaan berulang kali.

Video tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan 995 perkongsian oleh pengguna media sosial di Facebook setakat ini.

Ekoran daripada perkongsian video tersebut, ramai di kalangan pengguna media sosial telah meninggalkan komen mereka yang memuji tindakan serta layanan anggota bomba tersebut.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Makin tambah respect dekat abang-abang bomba kita ni. Serba boleh jiwa mereka,” tulis seorang pengguna.

“Sangat hormat pada anda semua. Apa-apa sahaja haiwan atau binatang yang masuk ke dalam rumah, anda orang pertama yang akan dihubungi. Anda semua adalah hero. Semoga diberkati,”tulis lagi seorang pengguna.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia/Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka