Siakap Keli
dihempap pokok tumbang
Gambar: JBPM Kuala Lumpur

Dua Cedera, Tiga Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang

Dua Cedera, Tiga Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Dua cedera, manakala tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di dua lokasi berasingan di ibu negara, ekoran hujan lebat petang tadi.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Sohirol Rizal Madon berkata kejadian berlaku di Jalan 2/115A, Taman Pagar Ruyung dekat sini, melibatkan kereta jenis Perodua Aruz yang dinaiki seorang lelaki dan dua kanak-kanak serta sebuah kereta jenis Toyata Vios yang dipandu seorang lelaki.

“Sebuah jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.05 petang dan mendapati pemandu kereta Perodua Aruz mengalami cedera ringan serta sesak nafas setelah kereta yang dinaiki dihempap pokok.

“Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, manakala mangsa lain yang diselamatkan oleh orang awam tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam insiden berasingan, seorang wanita turut cedera selepas kenderaan jenis Proton Exora yang dipandunya dihempap pokok berhampiran Masjid Negara, Bukit Aman di sini pada 5 petang tadi.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah Omar Chekku berkata sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian pada 5.13 petang bagi membantu mengeluarkan wanita itu yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Wanita berusia 48 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok di kedua-dua lokasi kejadian sedang dijalankan anggota bomba dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Terdahulu, beberapa kawasan di daerah Seremba dilaporkan mengalami kejadian kejadian pokok tumbang selepas dilanda banjir kilat pada Mei tahun lalu, lapor Bernama.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Penguasa Kanan Bomba II Zamhuri Zainnordin, antara kawasan yang terjejas termasuklah Taman England, Sikamat; Taman Nyior, Garden lake dan Kampung Semarak.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?