Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hadis syurga bawah tapak kaki ibu
Kredit: Pixabay

Mufti WP Terang Status Hadis Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Mufti WP Terang Status Hadis Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’ merupakan satu frasa yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi yang beragama Islam.

Kata mereka, frasa ini merupakan sebahagian daripada lafaz hadis oleh Nabi Muhammad SAW. Namun, benarkah lafaz berkenaan merupakan hadis daripada nabi junjungan kita?

Seorang hamba Allah telah bertanya mengenai kekaburan ini kepada pihak Mufti WP untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

hadis syurga bawah tapak kaki ibu
Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Pihak Mufti WP telah memberi jawapan yang komprehensif mengenai asal usul frasa syurga di bawah tapak kaki ibu (الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ).

Jawapannya adalah seperti dibawah:

Ringkasan Jawapan

Lafaz hadis “الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ” yang bermaksud syurga di bawah tapak kaki ibu adalah palsu.

Namun demikian, terdapat lafaz yang sahih dalam riwayat yang lain berbunyi “فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا” dengan maksud maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya (ibu). Oleh itu, sebaiknya disandarkan hadis tersebut kepada lafaznya yang sahih.

Huraian Jawapan

Hadis berkenaan syurga di bawah tapak kaki para ibu adalah satu hadis yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Semenjak daripada kecil masyarakat sering diperdengarkan dengan hadis ini.

Tujuannya adalah untuk mendidik anak-anak kecil untuk taat dan hormati para ibu mereka. Lafaz hadis tersebut adalah seperti berikut:

الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ

Maksudnya: Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu.

hadis syurga bawah tapak kaki ibu
Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Setelah melakukan penelitian terhadap lafaz hadis ini terdapat dua jalur sanad yang berbeza.

Jalur sanad yang pertama merupakan jalur daripada Anas bin Malik RA, manakala jalur sanad kedua pula adalah daripada Ibn ʻAbbas RA.

Walau bagaimanapun, kedua-dua jalur mempunyai masalah.

Jalur daripada Anas bin Malik RA bermasalah disebabkan perawi yang bernama Mansur bin al-Muhajir dan Abu al-Nadhr al-Abbar. Menurut Ibn Hajar al-ʻAsqalani, Mansur bin al-Muhajir adalah seorang mastur (tidak dikenali).

Kemudian, al-Munawi menukilkan pandangan Ibn Tahir dalam Fayd al-Qadir bahawa Mansur bin al-Muhajir dan Abu al-Nadr al-Abbar sebagai tidak dikenali dan hadis mereka adalah munkar.

Pada jalur Ibn ʻAbbas RA juga berlaku hal yang sama, yang mana terdapat perawi bermasalah dalam sanad iaitu Musa bin Muhammad bin ʻAta’.

Menurut Ibn ʻAdi, riwayat hadisnya munkar dan dia juga mencuri (riwayat) hadis (yusriq al-hadith).

Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa ayahnya iaitu Abu Hatim al-Razi mengatakan Musa bin Muhammad bin ʻAta’ adalah pendusta.

Ibn Hajar juga mengatakan Musa bin Muhammad bin ʻAta’ adalah salah seorang daripada perosak hadis (أحد التلفاء).

Jika diperhatikan daripada sudut maksud hadis maka maksudnya adalah sahih.

Hal ini kerana terdapat hadis lain yang diriwayatkan secara sahih dengan sanad dan matan yang berbeza. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muʻawiyah bin Jahimah al-Salami seperti berikut:

أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا

Maksudnya: Bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: Ya, masih. Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”

(Riwayat al-Nasa’i)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, hadis syurga di bawah tapak kaki ibu dengan lafaz { الْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ الْأُمَّهَاتِ } adalah palsu.

Namun, maknanya sahih berdasarkan keseragaman maknanya dengan riwayat yang sahih sanadnya iaitu فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا.

Justeru, sebaiknya disandarkan hadis ini kepada lafaznya yang sahih dan meninggalkan lafaz yang palsu tersebut.

Setiap maklumat yang kita perolehi lebih-lebih lagi yang melibatkan nama Rasulullah SAW sebaiknya diselidiki dan disahkan terlebih dahulu kebenarannya. Ini bagi mengelakkan daripada kita melakukan pendustaan ke atas Baginda SAW.

Selain itu, Islam mengajarkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa.

hadis syurga bawah tapak kaki ibu
Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Wallahua’lam.

BACA: Mufti Jawab Hukum Ibu Sengaja Tidak Susukan Anaknya Tanpa Sebab Yang Munasabah

Sumber: Mufti WP