Siakap Keli
gaduh batu pahat
Gambar: Sinar Harian

Tular Insiden Gaduh Di Batu Pahat, 11 Lelaki Ditahan 

Tular Insiden Gaduh Di Batu Pahat, 11 Lelaki Ditahan 

BATU PAHAT — Susulan tular insiden pergaduhan di sebuah inap desa, pihak polis telah menahan 11 lelaki tempatan berhubung kejadian itu.

Memetik Sinar Harian, kejadian itu membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, 11 individu yang ditahan berumur lingkungan 17 hingga 62 tahun.

“Pada jam 2.30 petang pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan menyatakan berlaku pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden gaduh Batu Pahat

Tambah Ismail, kesemua yang ditahan disiasat di bawah  Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

BACA: Gempa Bumi Turkiye, Syria: Bayi Tujuh Bulan Terperangkap 140 Jam Diselamatkan

“Polis masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Semakan lanjut mendapati, rakaman video kejadian ini telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada pengguna maya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, pihak berkuasa memohon agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Difahamkan, video yang tular di platform Twitter sejak pagi Selasa mendedahkan sekumpulan individu terlibat dalam pergaduhan.

Tambahan lagi, dalam rakaman berdurasi satu minit tiga saat itu memaparkan seorang penghantar makanan dimarahi lelaki berbaju merah. Keadaan dilihat bertambah kecoh dan tegang.

Susulan itu, ia telah mencetuskan pergaduhan sehingga melibatkan beberapa individu lain termasuk seorang wanita yang disyaki isteri kepada penghantar makanan itu.

Wanita berkenaan dilihat cuba mempertahankan lelaki tersebut.

Terdahulu, tular juga satu video yang memaparkan insiden kekecohan di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah seminggu lalu.

Memetik laporan Astro Awani, pihak Polis Daerah Ipoh memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

BACA JUGA: Polis Tahan Lelaki Terlibat Pergaduhan Selepas Kemalangan

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?