Siakap Keli
Chow Yun Fat 10km sejam
Kredit: runsociety

Umur 65 Tahun, Chow Yun Fat Lari 10km Dalam Masa Sejam

Umur 65 Tahun, Chow Yun Fat Tamatkan Larian 10km Dalam Masa Sejam

Pelakon veteran Hong Kong, Chow Yun Fat mencuri perhatian banyak pihak apabila menyertai Marathon Standard Chatered Hong Kong baru-baru ini.

Biarpun sudah berusia 67 tahun, pelakon filem aksi berkenaan berjaya menamatkan larian sejauh 10km dalam acara tersebut dalam tempoh sejam tiga minit sahaja.

Beliau yang meminati sukan joging dan hiking memberitahu media bahawa telah berlatih selama setahun untuk acara tersebut termasuk mengupah jurulatih bagi membimbingnya.

Jurulatih bantu Chow Yun Fat tamatkan larian 10km dalam masa sejam

“Jurulatih memberitahu saya supaya tidak berlari terlalu laju kerana terdapat kawasan cerun disini. Jadi saya berjoging perlahan pada mulanya dan menjimatkan tenaga saya supaya saya boleh memecut ke penghujung perlumbaan,” katanya kepada media selepas tamat acara.

Beliau turut merancang untuk menyertai pelabagi lagi acara marathon pada masa akan datang, namun semuanya bergantung sama ada keadaan dirinya mengizinkan ataupun sebaliknya.

Selain itu, kelihatan beberapa peserta turut berpusu-pusu mengambil gambar bersama beliau selepas dia melepasi garisan penamat. Beliau dilihat bersahaja memenuhi permintaan peminatnya.

Pelakon lain turut terlibat

Selain Chow Yun Fat, terdapat beberapa artis Hong Kong yang lain turut menyertai perlumbaan tersebut. Antaranya penyanyi, Poki Ng dari kumpulan Error, Sisley Choi iaitu pelakon TVB, Dickson Yu (pelakon) dan Inez Leong (model).

Ng berjaya menamatkan larian tersebut dengan tempoh masa yang lebih pantas berbanding Chow Yun Fatt. Beliau menamatkan acara tersebut dalam tempoh masa 55 minit 12 saat. Namun, ia boleh difahami memandangkan Ng baru berusia 32 tahun, iaitu perbezaan umur antara mereka berdua sebanyak 33 tahun.

Chow Yun Fat adalah bintang terkenal Hong Kong yang mula mencipta nama menerusi filem The Man From Macau. Menerusi filem berkenaan, beliau menerima beberapa anugerah berprestij antaranya Anugerah Pelakon Terbaik Hong Kong.

Selain itu, beliau turut melebarkan sayap lakonan ke luar negara, khususnya dengan kemunculan dalam banyak filem Hollywood. Antara filem-filem yang pernah menampilkannya sebagai watak utama dan juga watak sampingan adalah Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Pirates of the Caribbean: At World’s End.

BACA: Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun

Sumber: The Straits Times

Shafikah