Siakap Keli
bomba selamatkan oyen healing
Kredit: @pmqq | Tiktok

Gelagat Selamba Buat Tuan Risau, Abang Bomba Selamatkan Oyen Tengah Healing Atas Tempat Tinggi

Gelagat Selamba Buat Tuan Risau, Abang Bomba Selamatkan Oyen Tengah Healing Atas Tempat Tinggi

Siapa saja tak sayang kucing peliharaan, sudahlah dibela bak ‘majikan’, diberi makanan bak kayangan, dilengkapi segala keperluan dan tugasnya hanya satu; menjadi comel dan penghibur hati, itu sudah cukup.

Bagaimanapun, kadangkala ada perangainya mampu memeningkan kepala kita, lagi-lagi si Oyen. Seakan tahu kalau sudah berbuat salah, muka comel pula yang ditayangnya. Geram tapi comel. Bukan apa, orang kata kalau dah sayang, tak sah kalau tak marah.

Malah, si bulus berbulu jingga ini memang memiliki satu sifat yang lain daripada kucing lain. Nak tau macam mana? Bela Oyen dahulu baru anda tahu.

Misalnya sebelum ini, Si Oyen juga pernah tular dengan gelagatnya yang selamba melepaskan hajatnya di atas penimbang berkemungkinan untuk menimbang beratnya bagi pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan.

Memang Oyen tetap Oyen, tidak pernah berubah. Jumpa sahaja kucing berwarna oren, telatahnya pasti sebegitu. Dalam video baru-baru ini yang dikongsikan oleh @pmqq yang diselubungi kerisauan apabila Oyen yang diberi nama Fanta melompat keluar tingkap dan duduk di tepi bangunan.

“Fanta melompat keluar dari tingkap dan entah bagaimana (melompat) ke seberang. Ia tak tahu macam mana nak balik, jadi terpaksa hubungi abang bomba untuk selamatkannya,” tulisnya.

Video penuh Oyen selamba healing kat luar rumah sampai abang bomba datang selamatkan

@pmqq

Fanta jumped out of the window & somehow ninja his way to the other side. He didn’t know how to come back, so had to call abang bomba to rescue him 🥲 Grateful to these firefighters from Jinjang Fire and Rescue Station 🧑🏽‍🚒#abangbomba #cattok

♬ Dumb Ways to Die – Tangerine Kitty

Video yang berdurasi 42 saat telah mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta, 323,900 tanda suka dan 2,278 komen yang ditinggalkan setakat artikel ditulis.

Dalam video tersebut dapat dilihat Fanta berada dalam keadaan duduk bersantai, seolah-olah ‘healing‘ seperti yang dikatakan oleh segelintir warganet di ruangan komen.

Susulan itu, seorang orang anggota bomba bertanggungjawab untuk menyelamatkannya keluar dari arah yang sama (tingkap) untuk menyeberang dan menyelamatkan Fanta.

Malah, disebabkan ia meninggikan suaranya (ketakutan) seorang lagi anggota bomba mengambil sangkar kucing dan meletakkan Fanta di dalamnya.

Hal ini memudahkan urusan anggota bomba tersebut membawa Fanta tambahan pula untuk mengelakkannya berkelakuan luar jangkaan memandangkan mereka berada di ruang yang tinggi.

Akhirnya, Fanta berjaya dibawa pulang ke rumah dengan selamat. Tidak ketinggalan pemilik kucing, @pmqq turut mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba tersebut.

“Terima kasih kepada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang,” tulisnya.

Berikut merupakan komen yang ditinggalkan oleh warganet:

Oyen Dikatakan 'Healing'
Kredit: @pmqq | Tiktok
Oyen Dikatakan 'Healing'
Kredit: @pmqq | Tiktok

 

Sumber: @pmqq | Tiktok

Florence Nuar