Siakap Keli
Baham Budak Dan Bunuh Warga Emas
Kredit: AFP

Harimau Terlepas: Baham Budak, Bunuh Warga Emas

Harimau Terlepas: Baham Budak, Bunuh Warga Emas

Seekor harimau membaham seorang budak sehingga meninggal dunia sebelum menyerang dan membunuh warga emas selepas melarikan diri dari hutan simpan di India.

Warga emas, 75, yang juga petani dan datuk kepada mangsa itu ditemui mati secara tragis pada Isnin di negeri Karnataka selepas 12 jam cucunya dibunuh.

Memetik The Mirror, mangsa (datuk) meninggal dunia selepas harimau itu mencengkam kepalanya di sebuah ladang di kampung Palleri, wilayah Kodagu.

Bagaimanapun, mayatnya dijumpai 650 kaki dari tempat mayat cucunya ditemui mati ketika sedang menuai kopi tiga kilometer dari Rizab Harimau Nagarahole.

Tambah Mirror, harimau itu dipercayai tinggal di kawasan hutan simpan yang menjangkau lebih 316 batu persegi antara wilayah Kodagu dan Mysuru.

Susulan itu, pegawai hutan mengatakan mereka akan meronda di kawasan sekitar kampung untuk mencari harimau ‘pemakan manusia’ tersebut.

Malah pihak doktor haiwan juga telah bersiap sedia untuk menyuntik ubat penenang kepada haiwan itu.

Tidak hanya itu, pihak berkuasa turut memasang 25 perangkap kamera untuk mengenal pasti identiti harimau yang telah dimaklumkan mengalami kecederaan.

Harimau Baham Budak Dan Bunuh Datuk
Gambar Hiasan | Kredit: AFP

India adalah rumah harimau

Untuk pengetahuan, India merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 70 peratus harimau liar di dunia yang menyifatkan serangan itu adalah biasa berlaku.

Hal ini dibuktikan melalui rekod sekitar tahun 2019 antara 2021 yang telah mengorbankan lebih daripada 100 orang yang terbunuh dalam serangan harimau.

Malah pada Oktober lalu, polis menembak seekor harimau bernama “Man-eater of Champaran” selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban.

Harimau Baham Budak Dan Bunuh Datuk
Gambar Hiasan | Kredit: AFP

Sementara itu pada Julai lalu, mayat seorang lelaki yang terkorban dalam serangan harimau ditemui di dalam hutan hanya beberapa meter dari tempat kejadian itu berlaku.

Difahamkan, harimau tersebut menyerang dua orang lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Jalan Ramnagar-Ranikhet di Rizab Corbett di Uttarakhand, utara India.

Seorang lelaki sempat melarikan diri namun nasib malang menimpa pemboncengnya, 25 tahun apabila dia kehilangan nyawanya setelah diseret ke dalam hutan dan dibunuh.

Memetik The Mirror, kedua-dua lelaki tersebut melakukan lawatan sehari ke Almora dan kembali sekitar jam 8:30 malam apabila terserempak dengan harimau itu.

“Harimau itu tiba-tiba menyerang kami semasa dalam perjalanan malah, motorsikal kami hilang pertimbangan sehingga kami berdua terjatuh ke tanah.

“Saya bergerak ke seberang tetapi saya melihat harimau telah menangkapnya dan mengheretnya ke dalam hutan,” katanya.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar