Siakap Keli

(Video) Jarang Boleh Tengok Macam Ni, Gelagat Comel Harimau Main Dalam Air Tarik Perhatian Ramai

Bila sebut sahaja pasal harimau, pasti ramai yang membayangkan kebengisan dan bahaya haiwan itu yang sememangnya memberi ancaman sekiranya didekati.

Namun, siapa sangka bahawa haiwan itu juga sebenarnya boleh menjadi comel seperti seekor kucing tetapi dalam versi yang tidak boleh dibelai.

‘Pemandangan’ yang jarang dilihat itu dapat dilihat menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok Susan Barratt.

Netizen di seluruh dunia ‘terpesona’ melihat kecomelan beberapa ekor harimau yang dipercayai berada di dalam zoo.

@sjb61susan

#australia tigers

♬ 原聲 – 恩泽的TIK TOK

Menerusi video itu, empat ekor harimau dilihat sedang bersantai dalam sebuah kolam dengan gaya yang comel.

Tiga daripada haiwan itu dilihat tidak mengendahkan ‘rakan mereka’ di belakang dan hanya berdiri sahaja di tepi kolam.

Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 1.2 juta.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘geram’ melihat kecomelan haiwan itu dan berkata bahawa ia merupakan momen yang jarang dilihat oleh mereka.

Sumber: Susan Barratt

Sofea

There's always another side to every story