Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Tak Sempat Bernafas, ‘Impala’ Terlepas Dari ‘Mulut Buaya’, Diterkam Pula Harimau Bintang Yang Menunggu

Ini adalah detik-detik dramatik seekor impala (sejenis rusa kecil) malang yang baru sahaja terlepas daripada nyaris dibaham buaya, menjadi mangsa kepada seekor harimau bintang yang sedang kelaparan.

Angela dan Craig Weeks telah merakam detik tersebut semasa mereka dalam perjalanan ke Taman Nasional Kruger, Afrika Selatan, bersama dengan dua orang anak lelaki mereka.

Rakaman tersebut bermula dengan memaparkan impala itu berjaya melepaskan diri daripada menjadi santapan buaya sebelum dibaham oleh seekor harimau bintang beberapa saat kemudian.

Dalam klip itu, yang dirakam oleh pasangan tersebut pada awal tahun ini, impala itu dapat dilihat sedang bertungkus lumus keluar daripada rahang buaya di tebing sungai berkenaan sebelum ianya diheret masuk ke dalam sungai.

Sejurus selepas impala itu berjaya mengeluarkan dirinya daripada sungai tersebut dan menghembus nafas lega, seekor harimau bintang secara kelihatan sedang mengintai impala itu daripada kawasan semak berdekatan.

Harimau bintang itu tampak sabar menunggu masa yang sesuai untuk memburu mangsanya yang akhirnya keluar juga daripada sungai tersebut.

Sejurus selepas masa yang sesuai tiba, harimau bintang itu terus menerkam impala tersebut.

Harimau bintang itu akhirnya dilihat mengheret bangkai impala tersebut ke tempat tempat penyembunyian asalnya untuk menjamah impala berkenaan.

Doktor Angela dan pegawai bank Craig memberitahu LatestSightings,com: “Kami sedang memerhatikan sekumpulan impala minum di sebuah kolam berdekatan Biyamiti Weir.

“Kami telah berhenti untuk melihat dengan lebih dekat seekor impala yang kelihatan patah kaki.

Namun tiba-tiba seekor buaya berukuran sekitar 4 kaki telah melompat keluar daripada air itu dan membaham impala tersebut, mengheretnya masuk ke dalam air yang keruh itu dan menenggelamkannya.”

“Insiden itu berlaku sekitar 2 minit namun impala tersebut berjaya melepaskan diri dan keluar daripada kawasan air berkenaan.

“Bunyi cemas yang dilontarkan oleh kumpulan impala yang lain susulan daripada kejadian itu pada dasarnya adalah satu bentuk isyarat bagi setiap haiwan pemangsa yang berada di kawasan berdekatan.

“Kali ini, harimau bintang yang berdekatan telah terdengar bunyi tersebut dan telah datang untuk melihat apakah itu bermaksud juadah percuma untuknya.

“Kami sangat terkejut dengan kejadian itu dan tidak menjangkakan bahawa ada seekor harimau bintang rupanya sedang mengintai dan menunggu masa untuk menerkam impala tersebut.

“Ketika impala itu berjaya menyelamatkan diri daripada buaya tersebut, kami berasa lega namun kemudian ianya benar-benar mengejutkan kami. Ianya adalah memori yang tidak dapat kami lupakan dan pengalaman sekali seumur hidup buat kami.”

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right