Siakap Keli
terma syarat SLoan
Kredit: Bernama

BNM Nasihatkan Orang Ramai Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Produk SLoan

BNM Nasihatkan Orang Ramai Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Produk SLoan

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya mengkaji dengan teliti terma dan syarat produk SLoan for Sellers, iaitu perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan oleh platform beli-belah dalam talian Shopee.

Bank pusat itu juga menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan yang lebih termaklum sebelum melakukan komitmen kepada mana-mana produk pembiayaan.

“SLoan ialah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd, yang dilesenkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK dengan menggunakan borang elektronik di https://telelink.bnm.gov.my/,” katanya kepada Bernama hari ini sebagai menjawab pertanyaan mengenai kesahihan perkhidmatan pinjaman yang disediakan oleh platform e-dagang.

Menurut laman web Shopee, SLoan for Sellers oleh SeaMoney ialah perkhidmatan pinjaman untuk modal kerja kepada penjual Shopee bagi memudahkan pertumbuhan perniagaan mereka.

la berkata penjual Shopee yang layak boleh memperoleh kemudahan pinjaman sehingga RM120,000 untuk mengembangkan perniagaan mereka pada kadar faedah nominal sehingga 18 peratus setahun, kadar faedah 1.5 peratus sebulan.

BACA: Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma