Siakap Keli
terengganu sedia bincang penerbit filem pulau
Kredit: Bernama

Kerajaan Terengganu Sedia Bincang Dengan Penerbit Filem Pulau

Kerajaan Terengganu Sedia Bincang Dengan Penerbit Filem Pulau

KUALA TERENGGANU, 18 Feb (Bernama) — Kerajaan Terengganu sedia bertemu dengan penerbit filem Pulau, Fred Chong bagi membincangkan mengenai isu pengharaman naskah kontroversi tersebut di pawagam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memberikan ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan hujah atau justifikasi berkenaan filem itu bagi membolehkan pertimbangan atau kajian berkaitan pengharamannya dibuat semula.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri masih berpendirian untuk mengekalkan pengharaman filem tersebut berdasarkan treler yang bertentangan dengan agama dan norma budaya masyarakat timur.

“Hujah beliau bahawa treler itu tak sepenuhnya sebagaimana dalam filem adalah di luar pengetahuan kita.

“Jadi kita tunggu apa bentuk rayuan atau justifikasi yang beliau akan berikan. Kita akan beri ruang untuk menilai hujah-hujah yang dikemukakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu 2023 di Dataran Batu Buruk di sini hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak bahawa Terengganu mengamalkan padangan sempit dengan mengharamkan filem berkenaan.

Katanya sudah menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk menjaga moral rakyat dalam usaha mendapatkan keberkatan dan memelihara keharmonian negeri.

“Kita nak kekalkan Terengganu supaya berada dalam keadaan yang maju, berkat dan sejahtera. Berkat inilah yang hendak kita jaga supaya rakyat terpelihara dari aspek moral dan akhlak,” katanya.

BACA: LPF: Treler Filem ‘Pulau’ Beza Daripada Bahan Penapisan

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma