Siakap Keli
arab saudi bina projek terbesar
Kredit: Arabian Business

Arab Saudi Dilapor Bakal Bina Pusat Bandar Terbesar Di Riyadh

Arab Saudi Dilapor Bakal Bina Pusat Bandar Terbesar Di Riyadh

New Murabba dilaporkan bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia yang akan dibina di Riyadh, Arab Saudi, lapor Arabian Business.

Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman mengumumkan mengenai projek baharu itu pada Khamis lalu.

Projek itu dijadualkan siap menjelang tahun 2030, yang juga ditambah dalam senarai 15 projek mega yang bakal dibina pada masa akan datang.

Difahamkan, pembinaan 15 mega projek itu ditetapkan untuk mengubah landskap negara Arab Saudi.

Pelancaran New Murabba oleh Syarikat Pembangunan Murabba Baharu (NMDC) bertujuan untuk membangunkan pusat bandar moden terbesar di dunia di Riyadh.

Ia juga meyumbang kepada pembangunan masa depan bandar itu selaras dengan Wawasan Saudi 203, lapor Agensi Saudi (SPA).

Pelancaran NMDC adalah sebahagian daripada strategi PIF untuk meningkatkan perniagaan tempatan, sektor swasta dan menyumbang kepada pembangunan projek hartanah serta infrastruktur tempatan.

Pembangunan itu juga dikatakan dapat membantu meningkatkan ekonomi Arab Saudi dengan sumber pendapatan yang di pelbagaikan.

BACA: Padang Pasir Di Arab Saudi Termasuk Mekah Bertukar Hijau

Arab Saudi bina projek terbesar

Projek itu dijangka menambah RM212 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor bukan minyak.

Dalam pada itu, ia juga mewujudkan sebanyak 334,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung menjelang 2030.

New Murabba akan menampilkan zon mesra alam, laluan berjalan kaki dan berbasikal serta lebih 80 tempat hiburan dan kebudayaan.

“Ia juga akan menampilkan muzium ikonik, teknologi dan reka bentuk dari universiti, teater pelbagai kegunaan dan banyak lagi,” kata laporan itu.

Projek terbesar Arab Saudi itu memerlukan keluasan 19 kilometer persegi di persimpangan jalan Raja Salman dan Raja Khalid.

Ia dilengkapi dengan sekitar 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan 980,000 meter persegi untuk bahagian perniagaan.

Di samping itu, pembangunan itu akan merangkumi lebih daripada 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 meter persegi aset riadah dan 1.8 juta meter persegi kemudahan komuniti.

Projek ini direka untuk meningkatkan kualiti hidup dengan mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif serta aktiviti komuniti.

New Murabba dijangka akan menjadi salah satu struktur terbesar di dunia dengan ketinggian 400 meter lebar dan panjang, menurut SPA.

Sumber: Arabian Business

BACA JUGA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.