Siakap Keli
nelayan temui kepala buaya
Kredit: ThaiRath via The Thaiger

Dipercayai Dimakan, Nelayan Terkejut Temui Kepala Buaya Terputus

Dipercayai Dimakan, Nelayan Terkejut Temui Kepala Buaya Terputus

Seorang nelayan dikejutkan dengan penemuan kepala buaya di tasik Bang Phra di daerah Si Racha, wilayah Chon Buri, timur Thailand pada Jumaat lalu, lapor The Thaiger.

Insiden tragis itu dikongsikannya di laman Facebook dengan kapsyen “Ia digigit makhluk apa? Atau, bagaimana ia boleh sampai ke sini?”

Susulan itu, penduduk tempatan bertindak untuk mencari anggota badan buaya yang lain di kawasan sekitarnya, tetapi malangnya ia tidak ditemui.

Nelayan tersebut, Yuth Pimphot, 29, menemui kepala buaya tersebut berhampiran air ketika dia turun ke lokasi kejadian untuk menangkap ikan sekitar jam 4 petang.

Malah, Yuth mengandaikan bahawa badan buaya tersebut telah dimakan oleh penduduk tempatan (tidak dapat makan kepala) sehingga memutuskan untuk membuangnya dalam tasik.

Hal tersebut kerana terdapat seperti kesan potongan parang di kepala buaya tersebut.

Kepala Buaya Terputus Ditemui Di Thailand
Kredit: ThaiRath via The Thaiger

Daging di kepala buaya yang nelayan temui masih belum reput

Tambah penduduk tempatan, buaya tersebut mungkin telah mati beberapa hari sebelum itu kerana daging di bahagian kepalanya masih belum reput.

Lebih mengejutkan apabila Yuth membuka rahang buaya dan mendapati lidahnya juga telah hilang.

Kematian buaya itu agak jelas tetapi siasatan akan dijalankan dengan lebih lanjut bagaimana kepala buaya boleh berakhir di dalam tasik.

Pada hari yang sama, seekor buaya buta sepanjang 2.8 meter bermata satu telah melarikan diri dari ladang di Nakhon Sawan menuju ke Sungai Ping.

Kepala Buaya Terputus Ditemui Di Thailand
Gambar Hiasan | Kredit: AFP

Sebelum ini ia ditangkap menggunakan perangkap di mana sembilan ketul ayam mentah diletakkan di tebing sungai.

Bagaimanapun haiwan itu berjaya melarikan diri tiga hari kemudian.

Namun difahamkan penangkap buaya yakin haiwan itu tidak pergi jauh kerana ia dikesan berada hanya kira-kira 100 meter dari perangkap berkenaan.

Dalam masa sama, penduduk diingatkan supaya lebih berhati-hati kerana buaya tersebut dipercayai agak agresif susulan ia tidak makan sejak Rabu, 15 Februari.

Justeru, penangkap buaya akan melepaskan ayam hidup sebagai perangkap untuk ‘memancing’ buaya tersebut yang telah melarikan diri.

Untuk rekod, dipercayai terdapat kira-kira 1,500 ladang buaya haram di sekitar Thailand seperti yang dilaporkan Thaiger.

Seorang lelaki ditahan pada minggu lalu kerana menjual haiwan ganas itu secara terbuka di media sosial.

Sumber: The Thaiger

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.