Siakap Keli
harga pelan asas netflix
Gambar: AFP

Harga Pelan Asas Netflix Kini Serendah RM28 Sebulan

Harga Pelan Asas Netflix Kini Serendah RM28 Sebulan

Syarikat penstriman popular, Netflix mengumumkan bahawa harga baharu bagi Pelan Asas di Malaysia kini serendah RM28 sebulan berbanding RM35 sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan di Twitter rasminya. Lebih istimewa,  rakyat tempatan akan menerima manfaat daripada perubahan pelan ini.

“Berita baik. Mulai hari ini, pelan asas kami di Malaysia kini RM28 sebulan untuk ahli baharu dan sedia ada,” tulis Netflix dalam kenyataan itu.

Terdahulu, syarikat berkenaan mengeluarkan amaran terhadap pengguna yang berkongsi akaun aplikasi tersebut, lapor New York Post

Difahamkan, syarikat penstriman video itu mendakwa bakal mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang berkongsi akaun bermula tahun ini.

Hal ini berikutan keuntungan yang dicatatkan dilihat semakin menurun dengan jumlah langganan berkurangan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Kami bercadang untuk mengenakan caj terhadap perkongsian akaun dan perkara ini akan dimulakan secara meluas pada awal tahun 2023.

“Selepas mendengar maklum balas daripada pelanggan, kami akan menawarkan kelebihan kepada sesiapa yang berkongsi akaun agar dapat menguruskan peranti-peranti mereka dengan lebih mudah.

“Mereka juga boleh membuat sub akaun untuk keluarga dan rakan-rakan dengan mengenakan sedikit bayaran,” maklum Netflix.

Inisiatif ini bertujuan bagi mengawal perkongsian kata laluan oleh pengguna. Tambahan lagi,  masalah itu telah berlaku sejak awal pelancaran Netflix.

Dianggarkan sekitar RM28.42 bilion ($6 bilion) kerugian dialami oleh Netflix setiap tahun. Selain itu, syarikat itu terpaksa ‘pejam mata’ selepas kehilangan lebih 1 juta pelanggan.

Ia berpunca daripada sikap sebahagian pelanggan yang suka menumpang akaun pengguna lain.

Bagaimanapun, sehingga kini, syarikat penstriman gergasi itu belum mengumumkan jumlah caj yang bakal dikenakan terhadap “pengguna hantu”.

Kini, Netflix sedang mencari jalan penyelesaian bagi menarik semula minat pelanggan.

Antaranya di Latin Amerika mula mengenakan caj terhadap akaun yang “dilog masuk” selain alamat pendaftaran.  Selain kos pengguna tambahan adalah berbeza mengikut jelas pelan.

Sumber: Netflix Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?