Siakap Keli
burung jatuh dari langit
Kredit: CBS News

Misteri, Beratus-ratus Burung Hitam Jatuh Dari Langit

Misteri, Beratus-ratus Burung Hitam Jatuh Dari Langit

Bagaikan dalam siri Netflix, Dark, ratusan ekor burung hitam berkepala kuning dilapor bertaburan jatuh dari langit dalam kejadian di Chihuahua, Mexico minggu lalu.

Menurut CBS News, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi 7 Februari lalu melibatkan sekumpulan burung yang sedang berhijrah ke Mexico dari utara Kanada.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kawanan ratusan burung tersebut tiba-tiba jatuh ke atas sebuah rumah di lokasi kejadian.

Dalam masa sama, media tempatan, Reporte Cuauhtémoc melaporkan pakar awalnya percaya kawanan burung itu mungkin mati disebabkan terhidu asap toksik.

Selain itu, pakar juga menjangkakan bahawa kawanan burung tersebut mungkin mati akibat bersentuhan dengan kabel janakuasa elektrik sekaligus terkena renjatan.

Tetapi difahamkan misteri terus menyelubungi kejadian tersebut, malah ada pakar cuba mengutarakan pelbagai penjelasan untuk apa yang berlaku.

Pada 9 Februari berikutnya, stesen radio tempatan La Ranchera de Cuauhtemoc mengatakan, beberapa pakar percaya ia jatuh kerana telah hilang kestabilan.

Ia didakwa hilang kestabilan ketika sedang terbang secara tiba-tiba sebelum bertembung antara satu sama lain dan terjatuh ke tanah serta-merta.

Bagaimanapun ada pakar lain berpendapat bahawa kawanan burung itu jatuh adalah disebabkan faktor ancaman daripada pemangsa iaitu haiwan atau burung lain.

Seperti yang didakwa oleh seorang pakar ekologi, Richard Broughton, kejatuhan tersebut dipercayai berpunca akibat ancaman daripada burung pemangsa atau raptor.

Teori itu disokong dengan hujah; burung pemangsa biasanya akan membentuk satu gerakan pusaran yang ‘ketat’ sebelum menghalau mangsanya ke tanah.

Justeru, burung-burung yang berada di kawasan rendah akan hilang arah dan terus terhempas ke tanah.

“Ini kelihatan seperti burung pemangsa misalnya peregrine atau helang telah mengejar kawanan burung jalak sehingga menyebabkan ia terpaksa terbang ke kawasan yang lebih rendah sehingga terhempas.

“Anda boleh melihat bahawa mereka bertindak seperti gelombang pada mulanya dan seolah-olah disiram dari atas (pergerakan burung jatuh dari langit),” jelasnya.

Kejadian tahun lalu berulang lagi

Walaupun kejadian itu dianggap pelik namun difahamkan ia bukanlah kali pertama berlaku.

Imbas kembali, turut berlaku kejadian hampir serupa melibatkan ‘penemuan mengerikan’ kira-kira 200 ekor burung jalak jatuh dari langit di Pembrokeshire, Wales tahun lepas.

https://www.facebook.com/Reportecuauhtemoc/posts/pfbid0tdRiar8qDepLoqc6VwCn2pNPWcMY61uhGgM24uyTjRT3GRqfAWdJvaPAcaZgXMMWl

Kejadian misteri itu sempat disaksikan oleh seorang lelaki yang bekerja di kawasan berhampiran.

Dakwanya, dia terdengar bunyi seperti dentuman yang kuat apabila sekumpulan burung mendarat di atas keretanya secara tiba-tiba.

“Ia seperti terdapat ratusan burung di langit dan tiba-tiba ia jatuh ke tanah. Ia bukanlah sesuatu yang pernah saya alami sebelumnya,” jelasnya.

Malah, situasi sama berlaku di Delta, British Columbia, pada 2018 apabila kira-kira 200 anak burung jalak jatuh ke tanah.

Perkhidmatan Hidupan Liar Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada berkata bahawa kawanan itu dikejar oleh seekor burung lebih besar sehingga menyebabkan 42 ekor daripadanya terbunuh.

BACA JUGA: Kali Terakhir Dilihat Sekitar Tahun 1840, Burung Murai Berkulit Hitam Muncul Lagi Selepas 170 Tahun

Sumber: CBS News

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.