Siakap Keli
Kredit: TikTok

Santuni Peminat Guna Bahasa Isyarat, Alif Satar Dipuji Ramai

Santuni Peminat Guna Bahasa Isyarat, Alif Satar Dipuji Ramai

Bakatnya sentiasa dikagumi ramai, Alif Satar bukan saja menempa nama di dalam bidang seni sebagai penyanyi tetapi turut cemerlang sebagai pelakon dan pengacara.

Perkara ini menyebabkan artis versatil yang berusia 33 tahun itu tersebut diangkat sebagai ikon dalam dunia seni di Malaysia.

Terbaru, Alif Satar menarik perhatian netizen apabila dilihat sedang menyantuni seorang lelaki, dipercayai orang kelainan upaya (OKU) dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dalam video berdurasi 43 saat yang dimuat naik dalam akaun TikTok milik @johnlemmonnn, seorang lelaki dipercayai peminat ingin bergambar dengan artis tersebut.

Menerusi video tersebut, peminat itu dilihat memberitahu namanya kepada Alif dalam bahasa isyarat.

Tidak memerlukan masa yang lama, Alif dapat ‘menangkap’ nama peminatnya dan perkara tersebut mencetuskan kegirangan terhadap peminatnya.

Ketika bergambar, Alif Satar dan peminatnya mengenakan tanda ‘rock’ di hadapan lensa kamera.

alif satar bahasa isyarat
Kredit: TikTok

Untuk maklumat, isyarat ‘rock’ tersebut bukanlah bermaksud mereka sukakan muzik rock atau menyukai budaya rock dan sebagainya.

Isyarat tersebut bermaksud ILY (I Love You) dalam bahasa isyarat ASL.

Selepas bergambar, Alif dan peminatnya didapati berbual dalam bahasa isyarat. Perkara ini telah mencetuskan rasa kagum dalam kalangan netizen.

Pada kapsyen video tersebut, rakannya mengatakan Alif seorang Jack of All Trades (seseorang yang berkebolehan dalam pelbagai bidang).

“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Singer, komposer, pianist, businessman, Ironman dan dia boleh berbahasa isyarat juga.

“Dah bertahun aku kawan dengan dia, baru tahu dia boleh berbahasa isyarat,” kata John menerusi video itu.

@johnlemmonnn

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar

♬ original sound – johnlemmonnn – johnlemmonnn

Reaksi warganet terhadap kebolehan Alif yang agak ‘rare

Walaupun banyak kejutan yang diberikan oleh artis serba boleh itu, para warganet masih tidak dapat menahan diri mereka daripada mengagumi artis tersebut.

Menerusi ruangan komen, mereka merasakan Alif Satar layak diberikan gelaran pempengaruh kerana dapat mempengaruhi orang ramai ke arah positif.

alif satar bahasa isyarat
Kredit: TikTok

Ada komen menarik yang mengatakan ibu Alif Satar merupakan seorang guru pendidikan khas, maka tidak hairan beliau dapat mempelajari kemahiran tersebut.

alif satar bahasa isyarat
Kredit: TikTok

Kemahiran berbahasa isyarat dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat memberikan rasa inklusif terhadap golongan kelainan upaya, khususnya yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.

BACA: “Aku Terima Nikah..” Unik, Pasangan Istimewa Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat

Sumber: @johnlemmonnn via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma