Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

CYBERJAYA, 22 FEBRUARI 2023 —Para penyiar digalakkan untuk mengamalkan kawalan kendiri sewaktu proses produksi mereka bagi mengelakkan peristiwa “ejekan terbuka”, kata Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan).
Dalam zaman tular ini, penghinaan boleh mencecah ribuan dalam masa yang singkat hanya dengan beberapa klik. Bagi mereka yang menanggungnya, malah diperbesarkan kelemahannya — dan kadangkala kekal diperkatakan — untuk seluruh khalayak boleh menyebabkan tekanan psikologi dan gangguan emosi.
Untuk itu, Forum Kandungan percaya bahawa kawalan kendiri merupakan langkah terbaik untuk para penyiar dan pasukan produksi mereka melindungi kebajikan emosi individu yang muncul dalam program mereka.
“Sama ada program pra-rakam atau siaran langsung, para penyiar dan pasukan produksi harus mempertimbangkan langkah terbaik mereka mengawalselia kendiri bagi mengurangkan kejadian yang menjatuhkan air muka secara terbuka. Setiap orang yang terlibat dalam pembikinan sesuatu program atau persembahan digalakkan untuk mengamalkan sikap prihatin antara satu sama lain.
Walaupun kawalan kendiri berkemungkinan mencabar untuk siaran langsung, para penyiar boleh mengambil langkah pencegahan sebelum penggambaran bermula.
“Contohnya, para penyiar boleh melaksanakan prosedur yang jelas sebagai panduan para peserta program mengenai apa yang mereka boleh katakan dan bagaimana mereka harus menampilkan diri mereka di televisyen secara langsung. Kesilapan ringkas masih boleh berlaku dan perkara yang dikatakan atau dilakukan semasa siaran langsung sukar untuk disunting — oleh yang demikian, para penyiar mungkin ingin melihat cara mereka boleh meminimumkan kesan emosi daripada kejadian ini,” sambung Mediha.

Mediha menegaskan bahawa tidak perlu memperkenalkan peraturan baharu kepada para penyiar kerana Kod Kandungan sedia ada menyentuh langkah-langkah bagi membendung ejekan terbuka. Bahagian 2 Kod Kandungan mewajibkan kandungan yang disebarkan mengelak daripada memasukkan perkara yang menyinggung perasaan, kesopanan atau bersifat kesat atau mengancam.
Sementara itu, pakar lain mengungkapkan perbezaan antara mengkritik tindakan seseorang dengan memburuk-burukkan seseorang secara keseluruhan, akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan hingga memudaratkan di ruang media sosial.
“Ejekan dalam talian boleh diperkuatkan oleh media sosial dan boleh menyebabkan trauma mental yang berpanjangan kepada individu. Dalam kes yang melampau, mangsa ejekan terbuka telah diburukkan sepenuhnya untuk satu serangan — bagaimana pemangsa boleh membenarkan tindakan ini?

Mediha menambah bahawa pengguna Internet juga harus mempraktikkan kawalan kendiri apabila bertindak balas terhadap kandungan yang dilihat atau didengarkan ketika dalam talian.
“Saya rasa empati adalah faktor besar apabila menyampaikan kritikan yang membina. Ini bukan bermaksud bahawa orang ramai harus mengelak daripada memberikan maklum balas yang jujur; sebaliknya, mereka harus mempertimbangkan risiko dan faedah kritikan terbuka, dengan niat untuk membantu orang lain berkembang dan belajar daripada kesilapan mereka,” katanya.