Siakap Keli
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kredit BERNAMA

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 Untuk Penjawat Awam, RM350 Kepada Pesara

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 Untuk Penjawat Awam, RM350 Kepada Pesara

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM350 turut disalurkan kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan itu diberi sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Ke arah Malaysia MADANI, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Beliau berkata kerajaan turut bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat dalam misi di Turkiye dan Syria.

“Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan,” kata beliau.

Sementara itu, bagi memastikan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam sektor awam yang berkesan, beliau berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil startegik dengan menaik taraf perkhidmatan MyGovCloud.

“Perkhidmatan ini mampu berfungsi secara hibrid dengan turut menggabungkan perkhidmatan public cloud oleh penyedia perkhidmatan awan yang dilantik kerajaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka