Siakap Keli
RM500 akaun 1 KWSP
Kredit BERNAMA

Belanjawan 2023: Kerajaan Setuju Beri RM500 Ke Dalam Akaun 1 Pencarum KWSP

Belanjawan 2023: Kerajaan Setuju Beri RM500 Ke Dalam Akaun 1 Pencarum KWSP

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menambah sebanyak RM500 caruman KWSP ke dalam Akaun 1 setiap pencarum yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.

Menurutnya, pemberian itu akan dibuat sekiranya simpanan KWSP pencarum tersebut berjumlah kurang daripada RM10,000 di dalam akaun mereka.

Jelasnya, program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 bilion.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Selain itu, Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka. Agar simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat. 

Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka