Siakap Keli
Suami Campak Isteri Ke Laut
Kredit: Instagram

CCTV Rakam Suami, Didakwa Campak Isteri Ke Laut

CCTV Rakam Suami, Didakwa Campak Isteri Ke Laut

Seorang suami didapati mendokong isterinya secara paksa dan kemudian mencampaknya ke laut dari atas kapal yang sedang menuju Pelabuhan Bakauheni, Kampung Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Video berdurasi 38 saat tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di atas dek kapal KMP Shalem dan menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Difahamkan, peristiwa tersebut berlaku pada malam Rabu lepas. Ketika itu, KMP Shalem sedang dalam perjalanan membawa penumpang dari Pelabuhan Merak menuju Bakaheuni Lampung.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

CCTV rakam tindakan suami didakwa campak isteri ke laut

Dalam video tersebut, seorang wanita yang didakwa isteri kepada lelaki tersebut, didapati sedang berjalan-jalan pada laluan yang terdapat pada kapal tersebut.

Wanita yang membawa seutas beg tangan, dilihat berhenti di sebuah kerusi yang disediakan di atas dek kapal berkenaan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang mengenakan jaket, dipercayai suami kepada wanita terbabit datang menghampirinya.

Tiba-tiba, lelaki tersebut dilihat mengangkat wanita berkenaan dalam keadaan memaksa. Lelaki berkenaan didakwa membawa wanita tersebut ke behagian sisi kapal sebelum mencampaknya ke laut.

Cubaan lelaki tersebut campak wanita terbabit ke laut gagal

Memetik Wargakotalive.com, wanita tersebut bernasib baik kerana pakaiannya tersangkut pada bahagian kapal ketika dirinya dicampakkan ke laut.

Pada masa yang sama, para penumpang yang menyaksikan kejadian tersebut terpaksa campur tangan bagi menenangkan kedua-duanya.

Situasi berkenaan dapat dilihat menerusi rakaman yang tular apabila penumpang kapal bergegas menghampiri pasangan itu dan cuba menghentikan tindakan lelaki tersebut.

Berdasarkan suara penumpang yang terdapat pada rakaman tersebut, lelaki terbabit dikatakan memang mahu mencampakkan isterinya ke laut dengan sengaja.

Ketua Polis Sektor Kawasan Pelabuhan Bakauheni AKP Ridho Rafika telah mengesahkan kejadian tersebut berlaku seperti yang ditularkan.

Bagaimanapun dia memaklum kronologi insiden berkenaan tidak dilaporkan kepada mereka dan segala perincian hanya diketahui oleh pengemudi kapal tersebut.

BACA: Ini Warna Kereta Paling Rendah Peluang Nak Kemalangan       

Sumber: Wargakotalive.com

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma