Siakap Keli
Fosil telur dinosaur ditemukan
Kredit Yonhap News

Fosil Telur Dinosaur Ditemukan Di Wilayah Barat Daya Korea Selatan

Fosil Telur Dinosaur Ditemukan Di Wilayah Barat Daya Korea Selatan

SEOUL, 25 Feb (Bernama) — Fosil telur dinosaur herbivor ditemukan baru-baru ini di wilayah Sinan di barat daya Korea Selatan, berhampiran tapak tempat fosil dinosaur karnivor dijumpai lebih sedekad lalu.

Kebiasaannya fosil telur dinosaur karnivor dan herbivor itu jarang ditemukan di lokasi yang sama, menurut sekumpulan saintis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Empat telur dinosaur yang masih sempurna dan lebih 100 serpihan telur ditemukan di daerah Sinan di wilayah selatan Jeolla pada Ahad, menurut Pusat Penyelidikan Dinosaur Universiti Kebangsaan Chonnam. Fosil tulang dinosaur turut ditemukan di tapak itu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Analisis lanjut menunjukkan  sebahagian fosil berasal daripada telur dinosaur herbivor besar dengan selebihnya dianggap sama ada daripada dinosaur pemakan tumbuhan kecil atau burung.

Fosil itu ditemukan hanya 100 meter dekat dengan tapak sarang fosil dinosaur karnivor dijumpai pada 2009. Kedua-dua fosil itu dianggap berasal dari zaman yang sama kerana ia ditemukan pada lapisan batu yang sama.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka