Siakap Keli
gempa bumi turkiye
Gambar via THE SUN

Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Turkiye

Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Turkiye

Satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan telah melanda Turkiye pada hari ini ketika negara tersebut masih lagi terkesan daripada beberapa siri gempa kuat awal bulan ini.

Memetik Daily Mail, gempa bumi berukuran 5.5 magnitud telah melanda tengah Turkiye, selang beberapa hari selepas dua lagi gempa bumi melanda sempadan negara itu berhampiran Syria.

Pada 10.27 pagi waktu Turkiye, penggera telah dibunyikan oleh Pusat Seismologi Eropah-Mediteranean. Gempa dilaporkan berlaku di 40 kilometer selatan bandar Aksaray dan 18 kilometer timur laut Emirgazi dengan kekuatan 5.2 magnitud sedalam 10 kilometer.

Kejadian ini diikuti dengan laporan dari India Today bahawa bencana itu berlaku di wilayah Nigde yang terletak hampir 230 batu dari Gaziantep, berhampiran dengan pusat gempa pertama sekuat 7.8 magnitud pada 6 Februari lalu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Bencana pada hari ini berlaku selepas kedua-dua negara yang terlibat iaitu Turkiye dan Syria sedang giat membina semula rumah-rumah mereka. Ekoran gempa awal bulan lalu, berjuta-juta rakyat dilaporkan telah kehilangan tempat tinggal mereka.

Lebih 50,000 telah terkorban akibat kemusnahan yang berterusan pada tragedi gempa yang pertama lalu. Namun gempa bumi yang melanda hari ini tiada kemalangan jiwa disahkan berlaku sehingga setakat ini.

Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay telah menulis di Twitter miliknya bahawa pasukan sudah ‘berada di lapangan’ bagi menilai kerosakan yang berlaku. Tiada situasi negatif dilaporkan berlaku pada masa ini.

Beliau berkata: “Semoga cepat sembuh kepada semua rakyat yang terjejas akibat gempa bumi di daerah Bor Nigde.

“Pasukan telah dikerahkan di kawasan gempa, kerja penilaian kerosakan sedang diteruskan. Tiada situasi negatif pada masa ini. Semoga Allah melindungi negara kita daripada segala jenis bencana,” tulis ciapan tersebut.

Pada Isnin lalu, gempa bumi baru berukuran 6.4 magnitud melanda bahagian Turkiye dan Syria yang musnah akibat gegaran kuat yang berlaku dua minggu sebelumnya.

Pegawai mengesahkan bahawa tiga orang maut dalam gegaran susulan pada Isnin lalu selepas lebih banyak bangunan runtuh, memerangkap penghuni. Beberapa orang dilaporkan cedera di kedua-dua negara tersebut.

Tragedi itu berlaku selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang pertama berlaku pada 6 Februari lalu.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka