Siakap Keli
lelaki mati kegagalan jantung
Kredit BERNAMA

Lelaki “Single” Berisiko Tinggi Mati Akibat Kegagalan Jantung Berbanding Lelaki ‘Orang’ – Kajian

Lelaki “Single” Berisiko Tinggi Mati Akibat Kegagalan Jantung Berbanding Lelaki ‘Orang’ – Kajian

Perkahwinan yang bahagia adalah kunci kepada kehidupan yang lebih panjang dan sihat, menurut kajian di Amerika Syarikat.

Memetik Daily Mail, lelaki bujang adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk mati akibat kegagalan jantung dalam tempoh lima tahun berbanding lelaki yang sudah berkahwin.

Penyelidik juga mendapati ini mungkin kerana mereka yang bujang berkemungkinan tidak mempunyai orang yang tersayang untuk memantau kesihatan mereka.

Kesan yang sama juga dapat dilihat kepada golongan lelaki yang telah kehilangan pasangan, duda, bercerai atau berpisah.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Penemuan itu adalah berdasarkan analisis lebih daripada 6,800 orang dewasa di Amerika. Penemuan itu juga merupakan bukti kepada mengikat perhubungan dapat meningkatkan kadar kesihatan seseorang.

Ia juga termasuk dapat mengurangkan risiko demensia dan diabetes Type 2.

Ahli-ahli akademik Universiti Colorado mengambil data daripada kajian sedia ada yang melibatkan orang dewasa berumur 45 tahun ke atas.

Kajian itu kemudiannya membandingkan rekod seramai 94 sukarelawan yang telah didiagnosis secara perubatan dengan kegagalan jantung. Ini telah membolehkan pakar melihat berapa lama pesakit dari kumpulan berbeza bertahan, secara purata.

Pemerhatian yang dilakukan selama lima tahun itu mendapati, bujang sepanjang hayat adalah kira-kira 2.2 kali lebih berkemungkinan untuk mati dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis. Keputusan itu berbeza dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Bagaimanapun, bagi wanita, tiada kaitan antara status perkahwinan dan risiko kematian akibat kegagalan jantung dapat ditemui.

Tidak seperti serangan jantung, kegagalan jantung adalah keadaan kronik di mana jantung tidak lagi dapat mengepam dengan berkesan kerana otot telah menjadi lemah.

Antara gejala lain adalah keletihan, sesak nafas dan pesakit sering dimasukkan ke hospital kerana kesihatan tidak menentu.

Kira-kira 200,000 warga Britain didiagnosis dengan keadaan ini setiap tahun. Namun, masih tiada ubat dapat merawatnya.

Hanya separuh daripada pesakit kegagalan jantung di UK hidup lebih daripada lima tahun selepas didiagnosis.

Manakala di AS, kira-kira 6.2 juta orang dewasa menderita keadaan itu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Penulis kajian berkata, interaksi sosial dan pengasingan memainkan peranan penting dalam mood dan kesihatan keseluruhan.

Mereka juga mendakwa bahawa lelaki mungkin bergantung kepada wanita untuk menjaga kesihatan mereka dan mengingatkan mereka untuk mengambil ubat.

Para saintis juga berkata, doktor yang merawat harus sentiasa mengambil kira status perkahwinan apabila merawat pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.