Siakap Keli
Opah mengemis raih RM 900 Sehari
Gambar: BERNAMA

Mengemis Di MRT, Opah Raih Sehingga RM 900 Sehari

Mengemis Di MRT, Opah Raih Sehingga RM 900 Sehari

Sebuah portal berita Singapura mendedahkan seorang wanita warga emas meraih ratusan dolar setiap hari dengan mengemis di hadapan pintu keluar sebuah stesen MRT.

Wanita dilapor mampu meraih sekitar RM 600-900 setiap hari dengan mengemis di kawasan berkenaan.

Menurut laporan The Independent, wanita berkenaan sering ditemui di pintu masuk MRT berkenaan sambil membongkokkan badan.

Dalam satu tinjaun yang dibuat oleh wartawan 8 World, wanita berkenaan muncul di siang hari dan mula berjalan secara perlahan-lahan. Dia dikatakan akan mengemis bermula pukul 10 pagi hingga sekitar 7 petang.

Opah mengemis raih sehingga RM 900 sehari

Apabila orang ramai lalu-lalang, dia mula memegang lututnya seolah-olah sedang menahan sakit. Dia juga dilihat meminta duit daripada orang ramai yang melalui pintu masuk MRT berkenaan. Mereka dilihat memberikan wang kepada warga emas tersebut.

Salah seorangnya adalah warga Vietnam yang mendermakan S$2 kepada wanita berkenaan.

”Wanita itu bertanya sama ada saya boleh mendermakan wang kepadanya. Saya melihatnya sudah tua, jadi saya mendermakan sedikit duit. Malangnya, saya tidak memiliki begitu banyak duit, jika tidak saya mahu menghulurkan S$50 kepadanya.

”Saya tidak peduli dia bercakap benar atau tidak, saya tetap membantunya. Jika dia bercakap benar, saya lega saya sudah membantunya”, kata wanita Vietnam itu yang bekerja di sebuah restoran makanan kepada 8 World.

Menurut beberapa individu yang mengenali wanita tersebut, mereka menafikan wanita tersebut berdepan dengan kesempitan hidup.

Menurut 8 World lagi, mereka mendakwa warga emas itu memiliki dua orang anak yang menjaganya dengan baik. Malah, mereka turut menyediakan orang gaji bagi menjaganya.

BACA: Tujuh Petua Hilangkan Gatal Tekak & Batuk Dengan Pantas

Wartawan 8 World turut berdepan situasi yang sama apabila menghampir wanita tersebut bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai dirinya.

”Boleh bagi sedikit wang? Saya sudah tua dan tinggal sendirian,” ujar warga emas itu kepada wartawan.

Namun begitu, apabila wartawan mula menyoal berkenaan yang dibuat oleh individu yang mengenalinya, dia mula mengelak. Malah, dia juga enggan bekerjasama dan menjawab persoalan-persoalan yang diajuakan wartawan.

Sumber: Independent

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma