Siakap Keli
hujan lebat banjir brazil
Gambar: AFP

Hampir 60 Terkorban Di Brazil Akibat Hujan Lebat, Banjir Dan Tanah Runtuh

Hampir 60 Terkorban Di Brazil Akibat Hujan Lebat, Banjir Dan Tanah Runtuh

BUENOS AIRES, 26 Feb (Bernama) — Hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo, Brazil menyebabkan hampir 60 orang terkorban, lapor media Brazil.

Angka kematian sehingga Jumaat sebanyak 54 orang dengan 53 kematian direkodkan di kawasan perbandaran Sao Sebastiao.

Menurut Sputnik, angka kematian meningkat kepada 59 orang, misi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari ketujuh dengan lebih 150 pakar terlibat.

BACA JUGA: 36 Maut Dalam Kejadian Banjir & Tanah Runtuh Di Brazil

Menurut pihak berkuasa Sao Paulo, lebih 760 orang hilang tempat tinggal di wilayah itu sejak banjir dan tanah runtuh berlaku hujung minggu lepas manakala 1,730 penduduk dipindahkan.

Gabenor Sao Paulo Tarcisio Gomes de Freitas mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?