Siakap Keli
lelaki maut motosikal terjunam
Gambar: JBPM & PDRM

Lelaki Maut Motosikal Terjunam Dalam Sungai

Lelaki Maut Motosikal Terjunam Dalam Sungai

ARAU, 26 Feb (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Tambun Tulang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata insiden yang berlaku pada 8.27 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Syafidu Arifin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA JUGA: Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis melakukan selaman dan menemukan mayat mangsa pada 11.07 pagi iaitu kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa jatuh,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?