Siakap Keli
kanak-kanak 12 tahun terjatuh tingkap
Kredit: JPBM Sabah via BERNAMA

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkap Hotel

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkap Hotel

KOTA KINABALU, 27 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut apabila terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pada pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

Menurutnya pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.44 pagi tadi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 7.53 pagi,” katanya.

Katanya identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.

BACA: Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemukan Selepas Empat Kali Laungan Azan

Kanak-kanak perempuan 12 tahun maut dalam kebakaran

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil dekat sini, terbakar kira-kira 7 pagi pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa dikenali sebagai Nor Batrisha Razali.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 7.08 pagi dan telah mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah kelas B telah terbakar 90 peratus dan mangsa ditemui di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat yang mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan penuh akan menyusul,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan Lemas, Seorang Masih Hilang – Bomba

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana