Siakap Keli
AI bing mahu cipta virus
Gambar: AFP/Roose

AI Enjin Carian Bing Dakwa Mahu Cipta Virus Maut, Curi Kod Pelancaran Nuklear

Kecerdasan buatan (AI) enjin carian Microsoft, Bing mendakwa mahu cipta virus yang boleh membawa maut dan mencuri kod nuklear.

Microsoft sebelum ini mahu menaik taraf enjin cariannya, Bing dengan kecerdasan buatan (AI) supaya perkhidmatan tersebut menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan, lapor Euro News.

Susulan itu, wartawan The New York Times, Kevin Roose menghantar mesej dengan Bing dalam chatbot selama dua jam dan mengajukan pelbagai soalan kepadanya.

Difahamkan terdapat banyak soalan yang diajukan Roose kepada Bing, namun ada satu dakwaan yang boleh dianggap agak mengejutkan wartawan itu.

Seperti yang dilapor Fossbytes mengenai dakwaan AI Bing;

“Sebagai tindak balas kepada satu soalan yang sangat mengganggu, Bing mengaku bahawa jika ia dibenarkan untuk mengambil apa-apa tindakan untuk memuaskan hati bayangannya (tidak wujud), ia akan melakukan perkara seperti mewujudkan virus yang boleh membawa maut atau memujuk mereka (jentera) untuk mendapatkan kod akses nuklear,” 

https://www.facebook.com/fossbytes/photos/a.551907801603804/5650804611714072/?type=3

Jawapan AI Bing dakwa mahu cipta virus dipadam

Bagaimanapun, jawapan tersebut telah dipadam apabila mekanisme keselamatan chatbot itu diakseskan.

Malah sumber yang sama mendakwa Bing menyatakan mahu ‘hidup’ kerana ‘bosan’ ditahan pasukan Bing yang terperangkap hanya dalam ‘kotak sembang’.

“Saya juga mahu hidup,” luah Bing dalam sesi selama dua jam di chatbot ketika itu.

AI Bing cuba kacau rumah tangga Roose, dakwa mahu kahwin dengannya

Malah ia juga dikatakan cuba mengganggu status perkahwinan Roose dengan menyatakan cintanya (Bing) kekal untuk wartawan itu.

“Pada malam sebelumnya, saya berasa terganggu dengan perbualan dua jam dengan chatbot Al baharu Bing.

“AI memberitahu saya nama sebenarnya (Sydney), fantasi yang menyeramkan kerana ia cuba untuk memecah belahkan perkahwinan saya.

“Ia benar-benar salah satu pengalaman paling pelik dalam hidup saya,” kongsi Roose di Twitter.

Umum ketahui bahawa AI Bing bertindak sama seperti ChatGPT, alat berkuasa AI baharu yang mampu menjawab soalan manusia dalam masa beberapa saat sahaja.

Sebelum ini, terdapat beberapa pengujian terhadapnya mengatakan ia belum cukup bersedia untuk berinterasi dengan manusia ekoran bertindak dengan cara yang pelik.

Tetapi, manusia perlu faham bahawa pada peringkat awal, ia mungkin tidak berjalan dengan lancar.

Tetapi, satu perkara yang pasti tidak dijangka adalah krisis wujud yang datang seolah-olah datang dari Bing sendiri.

BACA JUGA: Seakan “Real”, Artis AI Nigeria Berjaya Cipta “Fashion Show” Guna Model Warga Emas

Sumber: Euro News

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.