Siakap Keli
UK dilanda 90 peratus salji
Kredit: The Mirror

Beberapa Kawasan Di UK Dilanda 90 Peratus Salji

Beberapa kawasan di UK dilapor dilanda 90 peratus salji pada minggu ini dan dijangka berlarutan hingga menjelang Mac, lapor The Mirror.

Hal ini susulan Met Office mengesahkan bahawa peristiwa pemanasan stratosfera (SSW) berlaku yang boleh membawa kepada cuaca dingin melampau ke UK seperti di Beast.

Melihat kepada peta daripada WXCharts yang meramalkan terdapat kemungkinan besar sajli turun di seluruh UK dalam tempoh dua hari akan datang.

UK dilanda 90 peratus salji
Kredit: VENTUSKY via The Mirror

Hal ini disebabkan kira-kira 45 hingga 80 peratus sajli dijangka akan turun di utara England manakala sehingga 90 peratus akan jatuh di Scotland. Malah, untuk bahagian selatan, kemungkinan salji akan turun dengan kadar lebih rendah dengan hanya 20 peratus.

Memetik The Mirror, keadaan cuaca ini mula berubah pada hari Sabtu lalu bagaimanapun, bahagian Tenggara dan Wales dilihat mengalami sajli pada tahap lebih 50 peratus sehingga kebarangkalian tinggi pada bahagian utara iaitu pada tahap 85 peratus.

Sementara peramal cuaca, Alex Deakin berkata, “Pemanasan Stratosfera Selatan dikaitkan dengan angin yang kencang di Kutub Utara yang (hampir) sepanjang tahun bergerak ke arah barat.

“Setiap tahun angin akan bertukar arah dan itulah yang berlaku, ia berlaku minggu lepas. Cuaca berkemungkinn besar menjadi lebih sejuk. Itulah yang dilakukan oleh SSW yang dilihat melajukan perubahan corak cuaca yang bergerak untuk meningkatkan peluang tekanan tinggi berhampiran UK.

“Kedudukan tinggi akan menjadi sangat penting sama ada kita memanfaatkan cuaca yang benar-benar sejuk atau hanya kekal seperti biasa, “tambahnya.

UK dilanda 90 peratus salji
Kredit: The Mirror

Ramalan ekoran ribut melanda

Cuaca terbaharu ini diramalkan selepas ribut, Storm Otto melanda yang menyebabkan hampir 60,000 rumah terputus bekalan elektrik minggu lalu.

Hal ini berikutan daripada angin berkelajuan 83 mph direkodkan berlaku di Inverbervie, Aberdeenshire.

Manakala kelajuan angin melebihi 70 mph dilapor merentasi sebahagian besar Yorkshire dan Northumberland pada malam Jumaat.

Susulan itu, pergerakan kereta api dan kapal terbang dibatalkan dan sekatan jalan raya juga diadakan disebabkan lori terbalik di utara England pada ketika itu.

Dalam masa yang sama, ahli meteorologi Met Office, Craig Snell berkata, “Minggu depan ia akan menjadi lebih teruk,”

Hal ini kerana suhu dikatakan jatuh kepada angka tunggal di seluruh bahagian UK mulai hari ini hingga Jumaat.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.