Siakap Keli
Cara LHDN Tahu Pendapatan Anda
Kredit: @tukangkirakira | Tiktok

Hanya Dengan Tiga Cara, Wanita Ini Dedah LHDN Tahu Pendapatan Anda Walaupun Tak Diisytihar

Hanya Dengan Tiga Cara, Wanita Ini Dedah LHDN Tahu Pendapatan Anda Walaupun Tak Diisytihar

Tidak dinafikan ada beberapa perkara yang tidak disarankan untuk dikongsikan dengan umum misalnya tentang kebahagian dalam kehidupan rumah tangga, kerjaya atau sebagainya.

Malah, ada segelintir orang yang tidak mahu berkongsi kehidupan kerjayanya di ruangan media, perkara itu sebenarnya terpulang kepada anda untuk bertindak sedemikian. Hanya tidak disarankan untuk berkongsi secara berlebihan seperti jumlah pendapatan anda.

Hal ini kerana kita tahu risiko apa yang bakal kita hadapi kerana meletakkan keutamaan kepada media sosial, mesti ada golongan yang tidak berpuas hati atau iri hati dengan kejayaan kita akan berusaha untuk menjatuhkan kita.

Tetapi tahukah anda, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri sebenarnya boleh mengetahui jumlah pendapatan anda hanya dengan tiga cara walaupun secara amnya anda tidak pernah berkongsi mengenainya (pendapatan).

Jadi, bagaimana caranya?

Cara LHDN tahu pendapatan anda walaupun tak diisytihar

Di sini @tukangkirakira telah berkongsi caranya dan dapat dilihat video tersebut mendapat perhatian umum sekitar 174.1k jumlah tontonan, 4,694 tanda suka dan 292 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Cara yang pertama adalah apabila anda berurusan dengan syarikat di mana syarikat akan mengeluarkan payment voucher dengan butiran nama dan nombor IC yang lengkap si penerima bayaran.

Selain itu, melalui data komisen yang dibayar kepada anda, khususnya para ejen. Seperti yang kita tahu, komisen akan berkait rapat dengan syarikat yang mempunyai ejen-ejen yang bekerja. Hal ini kerana sesebuah syarikat perlu mengisi satu borang yang akan diserahkan kepada pihak LHDN yang dinamakan sebagai CP58.

Bagaimanapun, kebanyakan ejen tidak didedahkan secara umum bahawa komisen yang diterima telah pun diisytiharkan dengan pihak LHDN terlebih dahulu.

Cara yang ketiga melalui perkongsian pengguna itu sendiri di laman media sosial misalnya di aplikasi TikTok tentang jumlah pendapatannya. Hal ini kerana umum ketahui banyak usahawan yang berkongsi tips untuk berniaga akan mendedahkan perdapatannya bagi menarik minat pengikutnya untuk berniaga.

Sila tonton video penuh di bawah untuk penjelasan lanjut.

@tukangkirakira

3 cara LHDN tahu anda mempunyai pendapatan yg tidak diisytihar #technocount #accountingsoftware #accountingstudent #accountingoutsourcing #lhdn #cukaipendapatan #cukaiba

♬ original sound – Technocount – Technocount

Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen yang mengajukan sebarang keraguan yang hadapi untuk mendapatkan jawapan daripada @tukangkirakira.

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan:

Kredit: @tukangkirakira | Tiktok

 

Sumber: @tukangkirakira | Tiktok

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.