Siakap Keli
Sungai paras bahaya johor
Gambar: Bernama

18 Sungai Lepasi Paras Bahaya Di Johor

18 Sungai Lepasi Paras Bahaya Di Johor

KUALA LUMPUR —  Sebanyak 18 sungai di Negeri Johor mencatatkan tahap ‘Bahaya’ sehingga jam 8.45 malam tadi.

Menurut portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara sungai yang berada pada paras bahaya di Johor adalah Sungai Siam di Kampung Siam dan Kulai dengan bacaan 21.34 meter,

Selain itu, paras di Sungai Segamat di Segamat Kecil (38.32m), Sungai Senduk, Tangkak (1.03m), Empangan Bekok, Batu Pahat (20.46m).

Manakala di Sungai Bekok di Batu 77 Jalan Yong peng, Batu Pahat (7.27 m), Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (3.42m),  Empangan Machap, Kluang (17.52m).

“Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (16.82m), Sungai Johor di Kota Tinggi (2.89m), Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai (18.2m).

“Sungai Skudai di Kampung Separa, Kulai (18,.13m), Sungai ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu Kulai (12.38m), Sungai Lenik di Kangkar Chaah, Segamat(14.55m), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (9.18m).

“Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (20.2m), Sungai Kesang di Teluk Rimba, Tangkak (4.05m). Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.47m) dan Sungai Johor di Rantau Panjang, Kota Tinggi (10.28m),” maklum JPS.

 

 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (Bahaya) dibeberapa negeri sehingga 2 Mac 2023 (esok).

BACA JUGA: Johor Dilanda Banjir: 1,591 Mangsa Dipindahkan Ke 21 PPS Di Empat Daerah

Antara negeri yang terlibat termasuklah Johor, Pahang di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala di negeri lain pula Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain itu, MetMalaysia juga melaporkan amaran hujan berterusan (Buruk) dijangka berlaku di sekitar daerah Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Negeri Pahang.

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan. Ia dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan. Iadijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berjaga-jaga dengan mengambil langkah keselamatan untuk tidak pergi ke kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?