Siakap Keli

KBS & MFL Akan Buat Tayangan Skrin Besar Perlawanan Bola Sepak Sepanjang Mac, Ini Lokasi Bakal Terlibat

Kuala Lumpur, 1 Mac – Kementerian Belia & Sukan (KBS) dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) akan meneruskan tayangan skrin besar sempena perlawanan Liga Super 2023 sepanjang bulan Mac ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan KBS sebentar tadi, usaha ini adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan terhadap perlawanan bola sepak di samping memberi ruangĀ  kepada para penyokong untuk menonton pasukan kegemaran mereka secara langsung.

“Kerjasama KBS dan MFL ini dilihat akan memberikan pendedahan meluas kepada masyarakat setempat mengenai Liga Malaysia 2023 yang sedang melalui era penswastaan serta menjadi industri sukan terbesar di negara ini. Dengan lebih 16 juta rakyat negara ini adalah peminat bola sepak, ia pasti akan menjadi salah satu medium baharu dalam mempromosi dan menarik lebih ramai rakyat negara ini untuk menyokong kelab-kelab Liga Malaysia,” tulis kenyataan tersebut.

Tambah KBS, program itu juga bertujuan bagi memupuk semangat kesukanan dan perpaduan rakyat dalam komuniti setempat.

Berikut adalah lokasi terlibat dalam program tayangan skrin besar perlawanan bola sepak yang terlibat,

Untuk makluman, Program Skrin Besar ini diteruskan di lokasi-lokasi tersebut susulan sambutan hangat dalam kalangan masyarakat setempat semasa perlawanan bola sepak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023 yang lalu.

Amira

Love yourself.