Siakap Keli
Tiga Penyokong Liverpool Ditahan
Kredit: The Mirror

Padah Panjat Stadium Anfield Untuk Tonton Liverpool vs Real Madrid, Tiga Penyokong Ditahan

Padah Panjat Stadium Anfield Untuk Tonton Liverpool vs Real Madrid, Tiga Penyokong Ditahan

Tiga penyokong tegar The Reds ditahan polis ekoran memanjat puncak stadium Anfield untuk menonton perlawanan Liverpool menentang Real Madrid dalam Liga Juara-juara yang berlangsung pada minggu lalu, lapor The Mirror.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek dikatakan terdesak untuk menyaksikan aksi itu berikutan gagal untuk mendapatkan tiket yang telah laris terjual.

Kini, stadium Anfield sedang dalam proses penaiktarafan justeru kesempatan tersebut digunakan oleh mereka dengan menyelinap masuk melalui tapak pembinaan malah sempat menonton sekitar dua per tiga perlawanan sebelum ditangkap.

“Tiket telah habis dijual, jadi bumbung adalah satu-satunya pilihan kami. Kami memohon maaf kepada Liverpool FC dan pihak polis kerana terpaksa menangani situasi ini,” jelas suspek.

Tiga Penyokong Liverpool Ditahan
Kredit: The Mirror

Bagaimanapun, mereka sekali lagi dijadualkan untuk hadir ke mahkamah pada Mac selepas didakwa mengelak untuk membeli tiket dan mendapatkan perkhidmatan itu secara tidak jujur.

Hal ini kerana ketiga-tiga mereka telah berjaya masuk melalui tanah dengan menyamar sebagai pekerja, malah memakai jaket tinggi justeru menghalang pelayan daripada menyoal mereka.

“Apabila kami dipaksa turun, kami dikelilingi oleh kira-kira 30 orang anggota polis. Malah, kami menghabiskan 20 jam di penjara sebelum didakwa. Kami tidak bermaksud untuk menyusahkan sesiapa, kami hanya mahu menonton pasukan kami bermain bola sepak di Liga Juara-Juara,” jelasnya.

Ketiga-tiga suspek akan dijadualkan hadir di Mahkamah Undang-Undang Ratu Elizabeth II pada 27 Mac nanti. Salah seroang suspek mendakwa mereka telah menunggu selama dua jam sebelum perlawanan untuk naik ke bumbung selepas mendapat akses ke Anfield.

Tiga Penyokong Liverpool Ditahan
Kredit: The Mirror

Bagaimanapun, Liverpool tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu. Skuad kendalian Jurgen Kloop telah dibelasah teruk 2-5 oleh Juara Eropah Selasa lalu. Darwin Nunez dan Mohamed Salah menjaringkan gol untuk The Reds.

Tetapi, tidak lama selepas itu Vinicius Junior berjaya menyamakan kedudukan menjaringkan dua gol sebelum separuh masa pertama ditamatkan.

Tidak berakhir di situ, Real Madrid terus mengganas dengan menjaringkan tiga gol daripada Karim Benzema (dua gol) dan Eder Militao pada separuh masa kedua sekali gus mengubah nasib Liverpool yang terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Untuk aksi timbal balik, The Reds dijadualkan akan bertandang ke kota Sepanyol pada 15 Mac malah, Liga Juara-Juara dikatakan peluang terakhir Liverpool untuk memenangi trofi utama musim ini.

 

Baca juga: Liverpool Kalah Di Anfield, Mudah ‘Diratah’ Real Madrid

 

Sumber: The Mirror

Florence Nuar