Siakap Keli
liverpool kalah di anfield
Gambar: AFP

Liverpool Kalah Di Anfield, Mudah ‘Diratah’ Real Madrid

Liverpool Kalah Di Anfield, Mudah ‘Diratah’ Real Madrid

Bekas juara Liga Juara-Juara 2019 (UCL), Liverpool mudah ‘diratah’ oleh kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan keputusan 2-5  dalam perlawanan pertama pusingan 16 yang berlangsung di Anfield awal pagi.

Memetik Skysport, The Red bagaimanapun bermula garang apabila mencetak dua gol awal. Kedua-dua gol itu disumbangkan menerusi dua penyerang mereka, Darwin Nunez pada minit ke-4.

Manakala Mohamed Salah pada minit ke-14 hasil kesilapan penjaga gol Thibaut Courtois.

Gambar: Facebook Liverpool

Namun, juara 14 kali itu tidak goyah dengan menyumbat dua gol pertama menerusi bintang muda, Vinícius Júnior pada minit ke-21 dan ke-36 sebelum separuh masa pertama berakhir dengan keputusan imbang 2-2.

Liverpool kalah di Anfield, dibelasah Real Madrid

Bagaimanapun, Liverpool seperti hilang arah selepas masuk babak kedua dengan Eder Militao berjaya menanduk masuk gol ke gawang lawan menerusi hantaran cantik Luka Modric pada awal babak kedua bermula.

Anak-anak buah Carlo Ancelotti nyata berada pada kelas tersendiri dengan pemenang Ballon d’Or tahun lalu Karim Benzema merembat masuk gol ketiga pelawat pada minit ke-55.

Gambar: Facebook Real Madrid C.F.

Benzema sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-67. Gol tersebut nyata mengunci sorakan penyokong tuan rumah di Anfield.

Keputusan ini menjadi mimpi ngeri buat anak-anak didik Jurgen Klopp dengan kekalahan di laman sendiri. Tambahan lagi, mereka memerlukan sentuhan ajaib untuk bertandang ke Santiago Bernabeu pada bulan depan.

BACA JUGA: Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Walaupun The Red menunjukkan peningkatan prestasi dengan beberapa kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Namun, ia belum cukup membuktikan kebangkitan skuad itu pada musim ini.

Sementara itu, bekas pemain Liverpool Jamie Carragher menyifatkan kekalahan kelab itu adalah satu perkara yang memalukan. Lebih-lebih lagi pada separuh masa kedua selepas bolos tiga gol.

“Memalukan. Mereka tewas pada separuh masa kedua dengan 3-0 sebelum kedudukan seimbang 2-2 pada separuh masa pertama.

“Mereka memberikan alasan sepanjang musim ini,” kata lagenda Liverpool terbabit.

Liverpool kini berada di tangga kelapan liga dengan mengumpul 35 mata selepas 22 perlawanan.

Skuad itu dijangka bertemu dengan Real Madrid pada 16 Mac depan. Santiago Bernabeu bakal menjadi penentu sama ada The Red berjaya mencipta kejutan ataupun tidak dalam perlawanan kedua pusingan kelayakan 16 Liga Juara-Juara nanti.

Sumber: SkySports

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?