“Keputusan ini telah disepakati MEP selepas meneliti dan menilai semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.

“Perjuangan PN adalah sesuai dengan mandat yang kami perolehi dari Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2 baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Tambah Mukhriz, MEP dalam keputusan tiga perenggannya telah membuat pertimbangan tersebut. Antaranya adalah tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk tujuan mengelak pertindihan kerusi.

Terutamanya jika lambang berasingan yang diwakili parti digunakan oleh kedua pihak yang telah berpakat.

Kedua, lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN dan bertanding menggunakan lambang PN. Yang bermakna kesepakatan parti itu dengan PN tidak terhad hanya kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung Jun ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Ketiga, penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang,” jelasnya.

Sementara itu, Mukhriz juga berharap permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh kepimpinan PN dengan memberikan respon yang positif.

Pada PRU lalu, Pejuang merupakan salah satu parti dalam Gerakan Tanah Air (GTA) telah mengalami kekalahan yang teruk di kesemua 125 kerusi dipertandingkan.

Pada 10 Februari lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusannya untuk keluar dari parti tersebut bersama 12 ahli yang lain. Pengunduran itu sekali gus membawa kepada peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pejuang.

Keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan yang memutuskan hubungan dengan GTA dan merancang untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan atau PN.

Bagaimanapun, Pejuang akhirnya memilih untuk bergabung dengan PN sebagai gabungan dalam menghadapi PRN di enam negeri dan PRU ke-16 akan datang.

Sumber: Astro Awani