Siakap Keli
penumpang pesawat aurora borealis
Gambar: Ross Sticka/ABC News

Penumpang Dalam Pesawat Teruja Tengok Keindahan Aurora Borealis 

Penumpang Dalam Pesawat Teruja Tengok Keindahan Aurora Borealis 

Penerbangan easyJet yang berlepas dari Iceland ke England dipercayai membuat lencongan 360 darjah bagi memastikan kesemua penumpang dapat melihat pemandangan cahaya yang menakjubkan, lapor ABC News.

Difahamkan, keindahan Aurora Borealis itu berlaku pada malam Isnin ketika perjalanan kapal terbang berlepas dari Reykjavik ke Manchester.

“Kami gembira kerana kapten penerbangan kami dari Reykjavik ke Manchester melakukan (maneuver) terkawal 360 darjah untuk membolehkan penumpang menyaksikan Aurora Borealis,” jelas penumpang easyJet.

Penumpang Dalam Pesawat Teruja Tengok Aurora Borealis

Malah seorang penumpang, Adam Groves mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada juruterbang lalu menyiarkan pengalaman itu di Twitter miliknya pada Isnin.

“Juruterbang memastikan semua penumpang di dalam pesawat dapat melihat aurora itu,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbabit memaklumkan bahawa mereka sememangnya sentiasa berusaha untuk mengutamakan pelanggan.

“Krew kami akan sentiasa berusaha mengutamakan pelanggan dan kami gembira kerana dapat berkongsi pemandangan khas ‘northern lights’ ini kepada mereka,” jelas syarikat penerbangan itu.

Gambar: Ross Sticka/ABC News

Untuk pengetahuan, Aurora akan berlaku apabila atom dan molekul dalam atmosfera bumi bertembung dengan sinar suria yang dibekalkan oleh matahari.

Umum ketahui, kejadian alam itu jarang ditemui, biasanya ia hanya dapat dilihat di kawasan yang lebih dekat dengan Artik. Seperti di Iceland dan Scandinavia.

Gambar: Ross Sticka/ABC News

Difahamkan juga, cahaya ini akan muncul lebih jauh ke selatan pada malam Ahad hingga awal pagi Isnin. Ia dapat dilihat oleh penduduk yang menetap di UK.

Sementara itu, menurut Pejabat Meteorologi UK, peristiwa astrologi itu juga menyaksikan langit di Uist Utara, Scotland, Wales Utara, Cambridgeshire dan Shropshire dihiasi cahaya merah jambu dan hijau.

Gambar: Ross Sticka/ABC News

Tidak dinafikan pemandangan hasil daripada gabungan warna hijau atau merah jambu ini sangat menakjubkan.

Malah, sekitar dua tahun lalu apabila fenomena ribut solar dijangka melanda bumi secara tidak langsung ia mengakibatkan berlakunya kejadian aurora borealis yang luar biasa.

Ketika itu ia dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara, iaitu lokasi lubuk permandangan indah ini.

Sumber: ABC News

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.