Siakap Keli
seat tingkap kena rembat
Gambar: BERNAMA

“A Ke C Ke, Sama Je”, Lelaki Kongsi Kisah “Seat” Tepi Tingkap Kena ‘Rembat’

“A Ke C Ke, Sama Je”, Lelaki Kongsi Kisah “Seat” Tepi Tingkap Kena ‘Rembat’

Biasanya, jika kita menaiki kenderaan awam seperti bas, feri dan kapal terbang, tiket yang dibeli biasanya berdasarkan tempat duduk.

Nombor tempat duduk berfungsi untuk mengatur pergerakan penumpang di dalam kenderaan secara sistematik. Ia juga membantu pihak penyedia perkhidmatan menyimpan maklumat penumpang dengan teratur dan dijadikan rujukan apabila perlu.

Selain itu, tempat duduk bernombor juga dapat mengelakkan pergaduhan berlaku antara penumpang yang berebut kerusi tertentu. Jadi, sudah tentu ramai yang beranggapan tempat duduk bernombor ini mampu menyelesaikan banyak masalah kan?

Sebenarnya, tidak. Ada segelintir penumpang mungkin terkhilaf dalam memahami peraturan asas ketika menggunakan pengangkutan awam ini.

Ada yang mungkin terlupa atau tidak menemui kerusi sendiri, lalu memutuskan untuk duduk sahaja dimana-mana. Malah, seringkali ada juga yang tidak mengendahkan perkara ini dan menganggap nombor tiket hanya perlu ketika membuat pembelian tiket sahaja.

Jadi, apabila masuk dalam bas atau pesawat, mereka tidak segan silu ‘merampas’ tempat duduk orang lain. Antara alasan kerap diberi, tidak mahu berpisah dengan ahli keluarga atau rakan yang turut menaiki kenderaan tersebut.

Tindakan tersebut boleh disifatkan sebagai kurang beradab kerana ia seolah-olah merampas hak orang lain. Ini kerana, sesetengah individu memang membeli kerusi berdasarkan nombor dan posisi tertentu atas sebab-sebab tertentu.

Lelaki kongsi kisah ‘seat’ tepi tingkap kena rembat dengan penumpang yang tiada ‘common sense

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ayien (@ yein654) berkongsi kisah seat tepi tingkap dalam penerbangannya ke Terengganu kena rembat dengan penumpang lain.

Perjalanan Ayien kali ini dimulakan dengan kejutan apabila tempat duduk yang dibelinya telah diduduki oleh penumpang lain.

Ekoran itu, timbul sedikit perbualan antara mereka berdua dan ia berlarutan dengan sedikit ketegangan. Bagi Ayien, tempat duduk itu adalah haknya kerana memang dia membeli tempat duduk di sebelah tingkap dengan bersebab.

Seat tepi tingkap kena rembat, mula hilang sabar

Pada awalnya, Ayien tidak mahu mencetuskan sebarang provokasi terhadap individu tersebut. Dia mengukirkan senyuman dan hanya menyebut ‘Seat 5A’ kepada penumpang tersebut.

“Haah, saya nak duduk sini boleh?”, jawab penumpang berkenaan tanpa rasa bersalah.

Namun, Ayien tidak sedikit pun merasa terkesan dengan ‘permintaan’ penumpang tersebut malah bertindak dengan lebih tegas.

Nope (Tak), saya nak duduk dekat seat saya,” kata Ayien.

Walau bagaimanapun, penumpang itu tetap tidak mahu beralah serta meminta lelaki muda tersebut untuk duduk di tempat duduknya.

You (Awak) duduk dekat seat C boleh?”

Sekali lagi, tawaran penumpang tersebut langsung tidak mempengaruhi Ayien untuk mengubah fikirannya dan mengikut rentak penumpang terbabit.

Lelaki tersebut sekali lagi meminta agar tempat duduknya dikembali semula. Respon penumpang tersebut kali ini boleh membuatkan sesiapa sahaja naik darah apabila mendengarnya.

“Kan sama jer duduk dekat A ke C ke,” balas penumpang berkenaan lagi.

Senyuman pemuda Twitter tersebut mulai hilang

Setelah mendengar rengekan tersebut, kesabaran anak muda berkenaan semakin hilang dan senyuman yang diukirkan pada awalnya, menjadi pudar.

My seat (Tempat duduk saya), 5A. Move (Gerak sekarang)!”

Ayat tersebut diucapkan dengan nada yang lebih tinggi berbanding ‘rundingannya’ sebelum ini. Situasi berkenaan disedari penumpang lain.

Menurut Ayien, penumpang-penumpang lain mula memandang ke arah mereka dan sekaligus menimbulkan rasa kurang selesa.

Akhirnya, penumpang tersebut mengalah dan berpindah ke tempat duduk yang sepatutnya. Secara kebetulan, kru penerbangan kemudian membuat pengumuman kepada penumpang agar duduk di tempat yang sepatutnya selepas insiden tersebut.

Pada ciapan seterusnya, Ayien mengatakan bahawa ramai yang mengikuti kisah itu turut pernah berdepan pengalaman yang lebih kurang sama.

BACA: Redah Banjir Hantar Makanan, Nyaris Hanyut Kerana Arus Kuat

Sumber: @yein654 via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma