Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Firmino Bakal Tinggalkan Liverpool Hujung Musim Ini
Penyerang prolifik Liverpool, Roberto Firmino dilapor bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini apabila kontraknya tamat.
Menurut laporan Liverpool Echo, kontrak semasa pemain kelahiran Brazil itu sudah memasuki bulan-bulan akhir dan beliau bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab. Pemain itu juga sebenarnya sudah boleh berbincang dengan mana-mana kelab di luar England berkenaan perjanjian pra-kontrak sejak bermula musim 2023.
Difahamkan, Jurgen Klopp menyatakan keinginannya untuk melihat Firmino berada lebih lama bersama kelab dan dianggap antara tonggak penting dalam skuad Juara UCL enam kali tu.
Malah, Klopp sudah berulang kali menegaskan bahawa Firmino adalah pemain istimewa dan kunci dalam sistem permainannya.
Bagaimanapun, Firmino sudah menyatakan niatnya untuk mencari cabaran baharu selepas lapan tahun merumput di Anfield. Menurut Liverpool Echo lagi, Firmino turut memaklumkan hasrat tersebut secara peribadi kepada Klopp.
Namun setakat ini, Firmino masih belum membuat keputusan liga atau kelab mana yang mahu ditujunya.
Firmino tinggalkan Liverpool musim panas ini
Sejak berpindah dari Hoffenheim, Firmino berjaya membentuk trio serangan berbisa bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah di Liverpool.
Dalam tempoh lapan tahun bersama, ketiga-tiga mereka berjaya meraih semua kejuaraan utama yang ditawarkan di peringkat kelab.
Beliau muncul antara pemain yang paling banyak membuat penampilan sepanjang Klopp mengendalikan lebih 1000 perlawanan di Anfield. Setakat ini, Firmino merekodkan sebanyak 345 penampilan dan menjaringkan 107 gol.
Bagaimanapun, prestasi Firmino mula menunjukkan penurunan sejak beberapa tahun lalu dan perpindahan Mane ke Bundesliga juga menyaksikan trio serangan berbisa Liverpool itu kini hanya tinggal sejarah.
Selain itu, Firmino juga sudah lama kehilangan posisi dalam kesebelasan utama, lebih-lebih lagi Liverpool banyak membawa masuk tenaga baharu di posisi serangan.
Kehadiran Diogo Jota, Luis Diaz, Darwin Nunez dan Cody Gakpo menoktahkan terus peluang Firmino kembali mengetuai barisan serangan kelab gergasi EPL itu.
Malah, rekod kecederaan pemain itu juga tidak banyak membantunya meletakkan diri dalam kesebelasan utama Klopp. Untuk musim ini, beliau terlepas 10 perlawanan awal akibat kecederaan betis.
Dalam pada itu, Liverpool tidak menjadikan perpindahan keluar Firmino sebagai keutamaan untuk diganti. Ini kerana, kelab difahamkan sedang menumpukan bajet untuk perpindahan musim panas bagi membawa masuk beberapa pemain berkualiti, khususnya di bahagian tengah.
BACA: 1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Keputusan Mahkamah
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kelab berhubung berita berkenaan.
Sumber: Liverpool ECHO