Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Justin Bieber Sah Batalkan Semua Baki Konsert Jelajahnya
Justin Bieber disahkan terpaksa membatalkan semua tarikh jelajah dunia konsert ‘Justice’ kerana masalah kesihatan.
Memetik BBC, penyanyi berusia 29 tahun itu sebelum ini telah pun menangguhkan konsert jelajahnya sebanyak beberapa kali.
Pengumuman itu dibuat pada musim panas lalu selepas dia disahkan menghidapi sindrom Ramsay Hunt (RHS) iaitu keadaan di mana dia alami kelumpuhan pada wajahnya.
Justin berkata pada September 2022 lalu bahawa dia mahu menjadikan “kesihatannya sebagai keutamaannya”.
Laman Twitter rasmi jelajah itu menyiarkan pada hari Selasa lalu bahawa pemegang tiket akan menerima bayaran balik secara automatik.
Penyanyi asal Kanada itu sepatutnya mengadakan konsert pertamanya di AS, Australia dan Eropah/UK, termasuk Manchester yang pada asalnya dirancang pada hari ini.
Bagaimanapun, sebilangan peminatnya sebelum ini menyatakan kekecewaan mereka kerana tidak menerima bayaran balik tiket untuk tarikh yang ditangguhkan. Kutipan tiket dilaporkan telah melebihi USD55 juta (RM246 juta).
Tiada laporan rasmi dinyatakan setakat ini bagi pembatalan konsert jelajah tersebut.
Pemenang anugerah Grammy yang menghadiri Fashion Week pada bulan lalu itu telah berehat sepenuhnya daripada dunia muzik sejak 2019 lagi. Tindakan itu dibuat bagi memberikan tumpuan kepada kesihatan mentalnya.
Album terbaharunya, yang menampilkan Burna Boy, Chance the Rapper dan Khalid telah menduduki nombor satu dalam carta AS dan nombor dua dalam carta UK pada awal 2021.
Tetapi dia berkata pertunjukan berikutnya di Eropah telah “memberi kesan yang teruk” dan dia memerlukan lebih banyak masa untuk “berehat dan menjadi lebih baik”.
RHS ialah penyakit yang menjejaskan saraf muka berhampiran telinga seseorang, di mana ia boleh mengakibatkan kelumpuhan di bahagian muka.

Ia tidak boleh disebarkan kepada orang lain, tetapi ia adalah komplikasi daripada penyakit kayap. Penyakit yang dikaitkan dengan virus cacar air yang boleh dihidapi oleh ramai orang ketika masih kanak-kanak.
Menurut badan amal Facial Palsy UK, jika sistem imun menjadi tertekan dan kurang mampu melawan kangkitan, badan akan terdedah kepada pengaktifan semula virus cacar air.
Dikatakan tekanan sering menjadi pencetus kerana ia boleh melemahkan sistem imun, dan orang yang tertekan lebih cenderung untuk mengalami jangkitan.
Sumber: BBC