Siakap Keli
jamban meletup
Gambar: Detik News

Lelaki Berdepan Detik Cemas, Kaki Melecur Jamban Dalam “Toilet” Tiba-Tiba Meletup

Lelaki Berdepan Detik Cemas, Kaki Melecur Jamban Dalam “Toilet” Tiba-Tiba Meletup

Seorang lelaki melecur selepas jamban di rumahnya di Klender, Duren Sawit, Jakarta Timur secara tiba-tiba meletup, lapor CNN.

Ketua Ops Sub-Agensi Gulkarmata Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata bahawa kejadian itu bermula ketika penghuni rumah bernama Eli (57) berada di dalam bilik air tersebut.

“Mangsa berada di dalam bilik air, tiba-tiba jambannya meletup dan menyebabkan kebakaran tanpa diketahui puncanya,” kata Gatot dalam satu kenyataan bertulis.

Selain itu, Gatot berkata bahawa berdasarkan siasatan awal, tandas tersebut meletup berpunca daripada pengaliran gas yang tidak betul.

Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan telah melecur dibahagian kaki akibat percikan api yang dikeluarkan ketika tandas tersebut meletup.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Tandas mencangkung meletup

“Bahagian tandas mencangkung terangkat dan kaki mangsa terkena api dari bahagian tandas,” katanya lagi.

Sebanyak 1 unit dan tiga anggota bomba dikerahkan ke lokasi untuk menangani letupan itu. Mujur letupan itu tidak menyebabkan api merebak ke bahagian lain di rumah mangsa.

“Pegawai datang dan tiada kebakaran berlaku. Mangsa dibawa ke Hospital Duren Palm, pegawai hanya ambil data dokumentasi sahaja,” akhiri Gatot.

Terdahulu, kejadian letupan turut berlaku di Kabupaten Blitar, Indonesia. Dalam kejadian itu, empat dilaporkan maut manakala 23 yang lain termasuk bayi empat bulan cedera dalam kejadian letupan mercun di Dusun Tegalrejo, Desa Karangbendo.

Ketua Polis Daerah Blitar, AKBP Argowiyono berkata bahawa kesemua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Srengat.

“Ada bayi berusia empat bulan yang masih dirawat di Hospital Srengat,” kata Argo, pada Isnin lalu.

Manakala jumlah mangsa yang terkorban pula ialah empat orang daripada keluarga yang sama. Berdasarkan maklumat daripada polis sebelum ini, salah seorang mangsa yang terkorban dikenal pasti dengan nama Darman.

Mangsa juga ditemui dalam keadaan lengkap dan tidak mengalami kecederaan yang parah.

Tiga lagi mangsa yang dilaporkan sebagai anak dan anak saudara Darman dikenal pasti melalui keadaan dan saiz mayat yang ditemui di sekitar lokasi kejadian letupan.

“Akibat letupan itu, empat sekeluarga telah terkorban,” kata Argo lagi.

Menurut Argo lagi, setakat ini polis telah mendengar keterangan daripada 10 orang saksi yang melihat dan mengetahui tentang kejadian letupan tersebut. Polis juga masih lagi menjalankan siasatan mereka bagi mengetahui punca kejadian tersebut.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.