Siakap Keli
Bot Terperangkap Dalam 'Sedozen' Ikan Jerung
Kredit Storyful/Dillon May via Metro UK

Nelayan Cemas, Bot Terperangkap Dikelilingi ‘Sedozen’ Kawanan Ikan Jerung

Nelayan Cemas, Bot Terperangkap Dikelilingi ‘Sedozen’ Kawanan Ikan Jerung

Sebuah bot nelayan terperangkap di tengah-tengah kawanan ikan jerung yang dilihat sedang makanan makanannya dengan rakus dalam kejadian di luar pantai Venice, Louisiana, lapor Metro UK.

Difahamkan, kira-kira sedozen ekor ikan jerung  menuju ke bot tersebut dan terlihat dari permukaan laut apabila umpan ikan kecil yang dibungkus diberikan kepadanya.

Nelayan, Dillon May dan teman wanitanya yang berada di atas bot kira-kira 15 batu dari pantai dikatakan cuba menangkap tuna sirip kuning.

Pada mulanya mereka menyangka ‘kekecohan’ itu berlaku disebabkan ikan tuna yang mereka buru, bagaimanapun tidak sangka ia rupanya adalah ikan jerung.

Justeru, mereka memutuskan untuk berlayar ke arah ikan itu dengan harapan dapat menangkapnya dengan sendiri.

“Kemudian kami melihat jerung memakan umpan. Tidak pernah melihat apa-apa seperti itu. Malah, tiada bot udang juga kelihatan. Ketika kami tiba di sana, jerung telah menemui ‘umpan’ sehingga menolak ia untuk berada di permukaan air,” kata May

Tidak hanya sekumpulan jerung yang memunculkan diri, malah pada tahun 2016, dron yang diterbangkan telah merakamkan kita-kira berpuluh-puluh jerung yang memakan ikan paus di Shark Bay di barat Australia.

Malah, dianggarkan kira-kira 70 ekor jerung boleh dilihat mendekati bangkai ikan paus besar yang dipercayai mati sebelum pemangsa ganas itu menyerang.

Dapat dilihat air biru jernih itu, dikerumuni warna jerung berwarna gelap dalam ruang yang besar.

Bot Terperangkap Dalam 'Sedozen' Ikan Jerung
Kredit Storyful/Dillon May via Metro UK

Kejadian ‘ngeri’ haiwan lain

Selain jerung, kambing biri-biri dilihat pelik apabila berjalan dalam (pusingan) kumpulan selama 12 hari.

Berhubung punca kejadian itu, segelintir berspekulasi ada kemungkinan ia disebabkan oleh satu penyakit bawaan bakteria dikenali sebagai Listeriosis, atau juga disebut sebagai ‘penyakit berpusing’.

“Pada awalnya, haiwan-haiwan yang dijangkiti akan mengalami anorektik, murung dan keliru. Haiwan itu mungkin membawa diri ke satu sudut, bersandar pada objek pegun, atau membuat bulatan ke arah bahagian yang dijangkiti,” menurut  Merck Manual.

Menurut Merck Manual lagi, wabak berkenaan boleh berlaku akibat kerosakan silaj atau silaj berkualiti rendah.

Bagaimanapun, menurut rekod kes, kumpulan kambing atau biri-biri yang dijangkit penyakit berkenaan akan mati dalam tempoh 24-48 jam selepas simptom dikesan.

Baca juga: Padah Panjat Stadium Anfield Untuk Tonton Liverpool vs Real Madrid, Tiga Penyokong Ditahan

Sumber: Metro UK

Florence Nuar