Siakap Keli
KFC Paling Sedap

Pernah Viral Puji KFC Paling Sedap, Lelaki UK Ni Dirakam Jadi ‘Runner’ Pula Kat KL

Pernah Viral Puji KFC Paling Sedap, Lelaki UK Ni Dirakam Jadi ‘Runner’ Pula Kat KL

Beberapa bulan lalu, telah tular seorang lelaki Eropah yang mengakui bahawa KFC Malaysia ada menu ayam paling menarik. Kamlesh Mistry, 37, merupakan seorang peminat tegar KFC sejak berusia 12 tahun lagi. Difahamkan, beliau sudah mengunjungi lebih 50 cawangan di KFC di seluruh dunia.

Selain daripada itu, Kamlesh juga pernah menerima baucar KFC secara percuma selama setahun selepas dinobatkan sebagai UK KFC superfan.

Menurutnya, KFC di Kuala Lumpur mempunyai menu paling menarik kerana mempunyai pelbagai hidangan pedas manakala KFC di Reykjavik pula merupakan cawangan paling pelik pernah dikunjunginya.

Namun begitu, Kamlesh yang juga merupakan UK KFC Superfan sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai terutamanya di Malaysia selepas melabelkan KFC di Kuala Lumpur adalah antara KFC yang paling sedap. Pun begitu, agak menghairankan apabila ada orang ramai yang nampak beliau menjadi runner.

Walau bagaimanapun, segalanya terjawab apabila kelibatnya menjadi runner sebenarnya adalah salah satu aktiviti lawatannya ke Kuala Lumpur bersama KFC. Sebagai penghargaan kepada Kamlesh, beliau telah dijemput ke negara kita untuk merasai sendiri hidangan KFC yang disediakan di restoran KFC Malaysia.

Setibanya di Malaysia, beliau disambut meriah diiringi dengan paluan kompang beserta individu yang memakai kostum Colonel Sanders sebelum dibawa menaiki kereta khas disediakan KFC. Kamlesh turut diberi peluang melawat ke beberapa lokasi termasuk KFC cawangan Bukit Raja, Klang untuk melihat sendiri bagaimana ayam goreng KFC di Malaysia dihasilkan.

Sepanjang perjalanan itu, beliau sempat merasai pengalaman menjadi runner KFC dengan membuat penghantaran kepada sekumpulan pelajar kelainan upaya di Gem & Bread Special Needs Support Group dan sebuah pejabat bagi satu acara kejutan yang dirancang oleh salah seorang staf di sana.

Tak terhenti di situ, Kamlesh juga sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia di cawangan Bukit Raja, Klang di mana beliau dikongsikan perjalanan hidangan makanan KFC Malaysia daripada ladang hinggalah ke meja makan.

Apa-apa pun, hidangan KFC di Malaysia sememangnya cukup sedap dan mempunyai ramai penggemar. Perkara ini dipersetujui oleh ramai warganet di ruangan komen Siakap Keli semasa artikel Kamlesh memuji KFC Malaysia menjadi tular.



Aqmal Ezany

I write what is right