Siakap Keli
Berang Dipanggil 'Ajumma'
Kredit: The Daily News | @loning/Tistory

Berang Dipanggil ‘Ajumma’, Wanita Bertindak Tikam Tiga Warga Emas

Berang Dipanggil ‘Ajumma’, Wanita Bertindak Tikam Tiga Warga Emas

Seorang wanita di Korea dilapor telah mencederakan tiga orang warga emas dengan pisau di kereta api bawah tanah ekoran daripada memanggilnya ‘ajumma’.

Memetik The Korean Herald, tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa telah mencederakan dua orang wanita berusia 60-an dan seorang lelaki berusia 50-an.

Tertuduh bertindak demikian dalam kereta api bawah tanah semasa dalam perjalanan menuju ke Stesen Jukjeon di bandar Yongin, Wilayah Gyeonggi.

Menurut pegawai bertugas di kereta api tersebut, tertuduh sedang bercakap melalui telefon apabila salah seorang daripada dua wanita itu memintanya untuk merendahkan suara.

Namun, mangsa telah memanggilnya dengan panggilan ‘ajumma’ yang merujuk kepada wanita pertengahan umur.

Disebabkan berang dengan panggilan itu, tertuduh pantas menikam mangsa, malah salah seorang daripadanya terpaksa menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan tiada kecederaan yang boleh membawa maut.

Berang Dipanggil 'Ajumma'
Kredit: The Daily News

Susulan itu, pihak polis mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap tertuduh berdasarkan pertuduhan ‘keganasan khas’ yang dikenakan ke atas orang lain (mangsa).

Kes itu sama seperti ‘serangan ganas’ iaitu pertuduhan boleh dibuat apabila kecederaan dilakukan dengan senjata maut atau kuasa kolektif.

Malah, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama satu sehingga 10 tahun.

Hal itu kerana tertuduh membawa senjata yang juga merupakan kesalahan di bawah Perkara 42 Akta Keselamatan Kereta Api (Korea).

Panggilan ‘Ajumma’ Bawa Kontroversi

Difahamkan, kes seperti itu bukanlah kepada kejadian pertama yang berlaku melibatkan perlakuan memanggil wanita berumur dengan panggilan ‘ajumma’.

Malah, pada 2021 ia telah membawa kontroversi apabila calon datuk bandar Seoul menggunakan panggilan ajumma untuk merujuk kepada lawannya.

Kes hampir sama berlaku pada tahun 2019 apabila mahkamah tempatan mengekalkan keputusan Tentera Darat (Korea) untuk menggantung seorang kolonel.

Hal itu kerana panggilan ‘ajumma’ pada pendapatnya (kolonel) dirujuk sebagai wanita bawahan justeru perkara tersebut disifatkan implikasi yang menghina (golongan wanita).

Susulan itu, implikasi dan stigmatisasi ‘ajumma’ telah dibincangkan secara terperinci oleh The Korean Herald dengan mengatakan bahawa, “Tiada siapa yang mahu dipanggil ‘ajumma'”.

BACA JUGA: Terpaksa Usung Jenazah Tiga Kilometer

 

Sumber: The Korean Herald

Florence Nuar