Siakap Keli
Bot Nelayan Taiwan Karam
Gambar: KYODO via Japan Times | AFP

Seorang Maut & Enam Hilang, Bot Nelayan Taiwan Karam Berhampiran Pulau Jepun

Seorang Maut & Enam Hilang, Bot Nelayan Taiwan Karam Berhampiran Pulau Jepun

Seorang maut manakala enam hilang selepas bot nelayan warga Taiwan dipercayai karam di perairan pulau kecil Senkaku, Tokyo pada Ahad lalu.

Memetik CNA, tiada kedudukan jelas yang mengatakan di mana ia mulai karam selepas seorang peronda tentera laut Jepun melihat ia hanyut di perairan utara itu.

Difahamkan, mangsa bot karam dikenali sebagai seorang warga Taiwan dan enam warga Indonesia.

Sementara itu, jurucakap, Masaya Tokita berkata,”Sekitar jam 9:15 pagi (12:15 pagi GMT), mayat ditemui di dalam kabin oleh penyelam dan ID pada mayat menunjukkan bahawa dia adalah warga Indonesia,”

Bot Nelayan Taiwan Karam
Kredit: AFP

Susulan itu, pengawal pantai telah meronda kawasan berkenaan dengan kapal peronda dan helikopter sejurus sahaja menerima maklumat daripada Pasukan Bela Diri Maritim.

Pengawal pantai berkata pihak Jepun sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka di Taiwan yang juga dipercayai menuntut pulau Senkaku.

Bahkan Beijing memanggil pulau tanpa penghuni (pulau Senkaku) itu sebagai Kepulauan Diaoyu.

Disyaki terbalik di Kepulauan Senkaku

Sementara itu, Kementerian Luar Taiwan mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa bot nelayan berdaftar Taiwan itu disyaki terbalik berhampiran salah satu Kepulauan Senkaku.

“Pusat Perintah Penyelamat telah menghubungi bot nelayan Taiwan berhampiran lokasi untuk membantu proses mencari dan menyelamat (SAR).

“Pengawal pantai Taiwan dan Jepun juga telah menghantar kapal untuk operasi SAR,” maklum kenyataan itu.

Kapal berdaftar “Shin Charng Fa No 88”dilapor meninggalkan pelabuhan Keelung di utara Taiwan pada Isnin lalu.

Malah ia dikatakan telah menghubungi bot nelayan Taiwan berhampiran untuk mendapatkan bantuan pada Ahad.

Bot Nelayan Taiwan Karam
Kredit: Kyodo News

 

BACA JUGA: Berang Dipanggil ‘Ajumma’, Wanita Bertindak Tikam Tiga Warga Emas

Insiden hampir sama berlaku sebelum ini dalam satu perkongsian daripada Siakap Keli yang mengatakan bahawa lebih 100 orang termasuk kanak-kanak dikhuatiri meninggal dunia dalam satu kejadian bot karam di Calabria di wilayah Selatan Itali.

Difahamkan, bot yang dipercayai membawa kira-kira 200 orang itu karam sewaktu cuba mendarat berhampiran pantai Cotone.

Kesemua mangsa yang berada di atas pengangkutan air itu dipercayai berasal dari Afghanistan, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq dan Iran.

Kapal berkenaan telah berlepas dari Turkiye sejak beberapa hari lepas sebelum dilaporkan karam akibat terlanggar batu sewaktu cuaca buruk.

Sumber: CNA

Florence Nuar